in

“Ini hal ‘dalam kain’, haram kita bincangkan” – PU & Dai’ Minta Netizen Jangan Sibuk Isu Ali Puteh & Isteri Arwah Abam Bocey

hina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagaikan tak surut-surut, isu peninggalan harta arwah Abam Bocey yang kononnya menjadi perebutan antara keluarga dan isteri arwah kini menjadi topik perbualan hangat antara netizen ramai.

Ramai yang nampaknya jadi ‘tukang nasi tambah’ dan tak kurang juga jadi ‘batu api’ sehingga ada yang memilih untuk menjadi ‘Team Ali’, ‘Team Hidayah’ atau ‘Team Aliff Syukri’. Uish parah dah ni… 


Oleh kerana hal ini sudah makin memburuk, para pendakwah mula meluahkan rasa kesal dan memberi teguran terhadap netizen di luar sana yang dilihat ‘lebih sudu dari kuah’. 

 

“Kunci mulut kita dari berkata sesuatu yang kita tidak tahu. Ini hal ‘dalam kain'” 

Menerusi perkongsian PU Amin di Instagram, beliau secara terang-terangan menegur tindakan Dato’ Aliff Syukri yang dilihat menimbulkan perbalahan antara ipar duai tersebut dan golongan netizen yang terus-terusan menjadi hakim atas apa yang terjadi.

“Inilah kesan apabila sedekah atau sumbangan diumumkan secara public. Ambil video, upload dan tanya soalan peribadi. 

“Akhirnya keluarga arwah dihina, isteri arwah dihina, netizen terus jadi hakim. Hari Jumaat dicemar dengan makian dan doa buruk buat keluarga dan isteri arwah,” katanya.

https://www.instagram.com/p/B8z_esynID9/

 

“Dengar sebelah pihak, hukum sebelah pihak” – Dai’ Wan Dazrin

Dalam pada tu, Dai’ Wan Dazrin pula menyifatkan apa yang berlaku ia disebabkan kelemahan media sosial.

Apa saja perkara yang keluar menerusi media sosial ni selalunya bersifat berat sebelah dan dengan mudah orang lain boleh jatuh hukum kepada mereka yang tak bersalah tanpa dengar penjelasan yang sebenar daripada pihak lain pulak.

https://www.instagram.com/p/B8zxmwoJ3pG/

Susah juga kan bila perkara macam ni dah tersebar luas di media sosial? Apapun pun admin rasa ada betulnya juga kata pendakwah-pendakwah bebas ni. Kita janganlah lagi menambahkan kekusutan keluarga ini. Biarkan mereka uruskan soal harta Abam dengan sebaiknya tanpa campur tangan media dan netizen ramai.

Kita doakan yang baik-baik saja okay?

Baca: “Itu sebabnya saya keluarkan perkataan kasar tu” – Ali Puteh Perjelas Isu ‘Rebut Harta’ Dengan Kakak Ipar Selepas Kematian Arwah Abam Bocey

ALI PUTEH MARAH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.