Pemenang pertandingan fotografi antarabangsa dari Indonesia yang berjaya mengetepikan setengah juta peserta lain dengan imej yang menunjukkan kedai kopi di Indonesia menerima kritikan netizen kerana didakwa penyertaanya tersebut ‘di pentaskan’ di studio.
Menurut laporan, Dikye Ariani telah memenangi hati para juri CEWE Photo Award dengan gambarnya yang menunjukkan orang ramai bermain daun terup di tepi jalan sebuah kedai kopi di Bogor.
Pun begitu, keaslian gambar tersebut dipertikaikan komuniti jurugambar di Indonesia.
Menurut seorang pemilik studio di Bogor, gambar milik Dikye tersebut telah diambil semasa acara promosi yang telah diadakan pada November tahun lalu untuk mempromosikan pelancaran sebuah jenama kamera dari Jepun.
Tema acara tersebut adalah untuk membayangkan keadaan kedai kopi pada masa dahulu dan gambar tersebut menunjukkan ‘orang biasa’ yang diambil di studionya.
Walaupun pada awalnya bergembira kerana ramai melihat foto tersebut, namun kita perlu akui dan jujur tentang foto yang digunakan sebagai penyertaan untuk pertandingan tersebut telah dirancang.
Artikel berkaitan : Pasangan ‘Bakar’ Gunung Bromo Tampil Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka
Artikel berkaitan : “Mungkin nak jimat bateri” – [VIDEO] Ramai Pelik Tengok Cara ‘Unik’ Lelaki Ini Kendalikan Dron
Anugerah Foto CEWE, yang dianjurkan oleh syarikat percetakan Jerman CEWE, menggambarkan dirinya sebagai “pertandingan fotografi terbesar di dunia” yang mana Dikye diumumkan sebagai pemenang dan telah ke bandar Hamburg untuk menerima anugerahnya, termasuk percutian bernilai €15,000 (RM75,759), peralatan fotografi bernilai €7,500 (RM37,880) dan €2,500 produk CEWE (RM12,625).
Persoalan mengenai keaslian imej itu telah timbul dalam kalangan jurugambar Indonesia dalam talian selama beberapa minggu selepas pemenang diumumkan pada September, menurut Yulianus Ladung, seorang jurugambar yang berpangkalan di Jakarta.
Sumber : SCMP