Semalam negara menyaksikan kes harian terendah Covid-19 iaitu hanya 36 kes dicatatkan dengan 98 kes pulih.
Lebih menggembirakan tiada kes kematian dicatatkan menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 kekal 89 kes.
#COVID19 ?? Terkini 20 April.
Kes baharu paling rendah iaitu
3⃣6⃣ kes.Kematian baharu 0⃣ kes pic.twitter.com/I9XZIuNsUA
— KKMalaysia???❤️ (@KKMPutrajaya) April 20, 2020
Namun, perkara itu tidak boleh dipandang mudah!
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi amaran kemungkinan negara akan menyaksikan peningkatan kes Covid-19 dalam tempoh 2 minggu lagi, lapor Malaysia Gazette.
Ia susulan aktiviti pengesanan kes yang masih giat dilakukan KKM ketika ini.
KKM masih giat melakukan pengesanan kes terutamanya ke atas rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara dan lokaliti yang terlibat di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),”- Datuk Dr Noor Hisham Abdullah/Ketua Pengarah Kesihatan
Mengulas mengenai penurunan kes Covid-19 di Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham berkata ia hasil tindakan proaktif dan agresif sepanjang PKP bermula fasa pertama hingga kini.
Justeru beliau minta rakyat Malaysia untuk memberi kerjasama dalam menjayakan usaha membendung wabak Covid-19 di negara ini.
Baca : Bos Dipenjara 7 Hari & Didenda RM10,000 Sebab Suruh Staf Masuk Kerja Masa PKP!