Banyak sangat kedai yang tutup sampai lewat malam dan pekerja dorang pun kadang-kadang sorang je. Memang jadi tumpuan penjenayahlah kalau macam tu.
Begitu jugak dengan nasib malang yang menimpa seorang pekerja kedai menjual pakaian wanita apabila dia bukan sahaja disamun, tetapi dirogol dalam kejadian di Jalan Bukit Kecil, Kuala Terengganu menurut laporan Harian Metro.
Dalam kejadian yang berlaku kelmarin pada 9.40 malam tu, mangsa dikatakan berusia 20-an dipercayai berseorangan dalam kedai berkenaan sebelum dihampiri suspek. Polis menerangkan yang sebelum kejadian, suspek memasuki kedai serbaneka 24 jam yang terletak bersebelahan dengan kedai tempat mangsa bekerja.
Hasil daripada rompakan tu, kedai tersebut dianggarkan mengalami kerugian lebih daripada RM2,000. Kesiannya…
Menurut orang awam, kedai pakaian tu selalu tutup lewat dan hanya mempunyai seorang pekerja sahaja pada satu-satu masa. Bosnya pun…
Mangsa yang trauma dengan kejadian tu kemudian membuat laporan kat Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan lanjut.
Dekat Twitter pulak heboh dengan muka suspek yang dah mula tular sejak kes tu dilaporkan. Wajah suspek berjaya dirakam CCTV kedai tu dan akhirnya didedahkan!
Disebabkan tersebarnya gambar suspek dan dengan tindakan pantas pihak polis, dia dah berjaya ditangkap!
Sebab tu bahaya perempuan kerja sorang dekat kedai waktu lewat malam…
Baca: Nak Beli Ubat Besarkan Payudar, Budak 13 Tahun Dirogol Penjual