in

Ini Cara Nak Dapatkan iPhone 16 Tanpa Kontrak, Siap Ada Cashback Dari Yes 5G

Ft Yes 5G Iphone

Pelancaran telefon pintar Apple terbaharu, iPhone 16 pastinya dinanti-nantikan oleh peminat gajet dan pengguna setia jenama berkenaan yang sudahpun boleh mendapatkannya di Malaysia dan salah satu telco yang menawarkan peranti tersebut ialah Yes 5G.

Baru-baru ini, Yes Experience Store merasmikan pembukaan cawangan terbaharu mereka di Sunway Pyramid dan pada hari pelancarannya pada 27 September, memang banyak aktiviti menarik yang disediakan buat para pengunjung.

Snapinsta.app 461213686 1082174833250226 3168703112629906983 N 1080

Acara yang bermula pada pukul 10 pagi tersebut dimulakan dengan sepenuh tumpuan terarah ke acara “Claw Your Way To The New iPhone”, diikuti dengan tarian singa sebelum aktiviti melibatkan para pempengaruh di Zon Gaming GeForce NOW.

Dsc00280 Dsc00238

Dsc00253 E1727415281449

Kalau kita biasa tengok ‘mesin claw’ di arked akan menyediakan anak patung sebagai hadiah, acara Claw Your Way To The New iPhone sempena pembukaan rasmi Yes Experience Store di Sunway Pyramid ni menawarkan iPhone 16 dengan hanya RM 1, sebagai hadiah!

Selain iPhone 16, ada juga pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi oleh para peserta seperti iPhone 15 dengan hanya RM1, iPhone 14 dengan hanya RM1 dan banyak lagi hadiah menarik untuk dimenangi. Tak dilupakan, sepanjang hari tersebut, akan ada juga pemberian popcorn secara PERCUMA untuk para pengunjung.

Promosi Istimewa Pembukaan

Sempena pembukaan rasmi Yes Experience Store, Sunway Pyramid, pelanggan berpeluang untuk memenangi sebuah telefon pintar 5G dengan membuat apa-apa transaksi di Yes Experience Store, Sunway Pyramid bermula 27 September hingga 31 Oktober 2024.

Dsc00343 E1727415590530 Dsc00243

Tidak kiralah membeli kad SIM baharu, bayar bil, daftar mana-mana pelan dan sebagainya, korang akan layak untuk sertai promosi ini. 2 pemenang akan dipilih setiap minggu. 

Selain itu,  bermula dari 25 September hingga 1 Oktober 2024 ada juga pertandingan ‘Snap & Win’ dan korang berpeluang untuk memenangi sebuah Xiaomi 13T bernilai RM1,999. Korang hanya perlu tangkap gambar di Yes 5G Photo Corner (Tingkat 1, bersebelahan Boardriders), gambar yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang.  .

Snapinsta.app 461222556 1629219131143499 4917514256846868669 N 1080

Dsc00355

Cara penyertaan sangatlah mudah iaitu :

  1. Ambil gambar dengan kreatif di Yes 5G Photo Corner di Tingkat 1, bersebelahan Boardriders.
  2. Post gambar di Instagram dan tag @yes.5g, sertakan juga #Yes5GSunwayPyramid sebelum 11.59 malam, 1 Oktober 2024.
  3. Ikuti @yes.5g di Instagram dan pastikan akaun anda di tetapkan untuk ‘public’

Pemenang akan diumumkan pada 8 Oktober 2024 di platform media sosial Yes 5G.

Pelan iPhone 16 Tanpa Kontrak

460818274 913527487489776 4356958992589494898 N

Seperti kebiasaannya, Yes menawarkan harga terendah, berbaloi dan untuk kali ni, Yes 5G menawarkan pelan outright “Tanpa kontrak, tanpa komitmen” untuk memiliki iPhone 16 terbaharu ni.

Unnamed 59

Dalam masa yang sama, tidak kiralah korang nak dapatkan iPhone 16 Pro atau Phone 16, korang akan menerima pulangan tunai sehingga RM3,745! Kalau korang bandingkan pelan telco lain untuk dapatkan iPhone 16 ni, hanya Yes 5G yang menawarkan pelan yang lebih fleksibel dan dijamin terendah di pasaran.

Lebih menarik, kalau korang menggunakan rangkaian Yes 5G ni lebih lama, maka lebih banyak pulangan tunai yang akan diterima.

Macam mana caranya? 

  1. Pilih Pelan : Pilih mana-mana pelan Yes Infinite Cashback yang bersesuaian dengan  keperluan korang.
  2. Terima Cashback : Terima cashback secara  bulanan secara  automatik, maksudnya lebih lama korang gunakan pelan Yes 5G, lebih banyak korang terima.  
  3. Tiada komitmen : Tiada kontrak  ‘lock-in’ yang dikenakan, jadi korang boleh hentikan langganan pelan tanpa sebarang penalti.

Whatsapp Image 2024 09 27 At 16.34.57

Kalau korang nak tahu berapa kos pemilikan iPhone 16 ni, korang boleh klik link ini : https://www.yes.my/iphone16-comparison/

Pelan Infinite+ 

Unnamed 60

Sekiranya korang nak mendapatkan telefon serta rangkaian 5G tanpa had dan tidak kisah pasal kontrak, korang boleh usha pelan Infinite+ yang menawarkan harga paling rendah di pasaran untuk mendapatkan peranti iPhone 16 beserta rangkaian 5G tanpa had serendah RM16 sebulan untuk siri iPhone 16 & RM36 sebulan untuk siri iPhone 16 Pro!

Untuk maklumat lanjut korang boleh ke laman web rasmi Yes 5G ni ye.

Sumber: Yes