Kalau haritu korang boleh dapatkan NFT percuma hanya dengan cari ‘sticker’ tersembunyi dekat Petaling Street, kali ni Projek NoFace dah umumkan yang dorang akan buat public sale pada 15 April ni! Uish, menarik kan?
Kalau korang terlepas berita tentang pelancaran dorang baru-baru ni, jangan risau tau. Korang boleh tahu serba sedikit dengan tengok penjelasan kat bawah ni:
- Koleksi pertama NoFace Project ni dilukis tangan oleh perintis terkenal dalam seni grafiti Malaysia, DrewFunk
- Sebagai pemegang NoFace NFT, korang boleh jadi sebahagian daripada ‘Superbrand’ yang terdiri daripada komuniti influencer & usahawan mewah
- Hanya 888 keping yang ditempa, sekaligus mewujudkan kumpulan yang sangat eksklusif
- Berpeluang untuk bekerjasama dengan jenama besar
- Korang boleh dapat 20% hasil daripada jualan barangan
- Eksklusiviti untuk acara dan jualan NFT pada masa akan datang
- Kuasa untuk putuskan cara dana dalam NoFace disalurkan contohnya dengan mengadakan parti eksklusif di Australia, menderma kepada badan amal atau komisen untuk projek seni berskala besar
- Walaupun korang boleh jadi sebahagian daripada komuniti selama mana yang korang nak, korang juga boleh jual semula NFT yang korang pegang pada bila-bila masa sahaja
- Tambahan pulak, ini adalah jenama tempatan yang tentunya perlukan sokongan tempatan dari korang jugak! #sapotlokal
Projek NFT ni ialah gabungan seni, teknologi dan kewangan untuk membentuk organisasi digital yang disokong oleh komuniti.
Macam mana korang nak dapatkan NFT ni?
1. Pertama, korang kena ada cryptowallet
- Kalau korang takde, cepat pergi kat laman web https://metamask.io/download/ untuk buat wallet korang
2. Lepastu, korang kena ada lebih kurang 0.1 ETHEREUM dalam cryptowallet untuk yuran ‘mint’ dan gas.
Kalau langsung takde ETH, korang boleh:
- Transfer daripada pertukaran kripto (contohnya: Binance, HuoBi, LUNO dan lain-lain)
- Atau beli daripada LUNO berdasarkan panduan ni.
3. Bila dah ada je ETH dalam MetaMask wallet, korang dah boleh mula ‘mint’ NFT ni tau!
Macam mana cara nak ‘mint’ NoFace NFT?
1. Pertama, korang pergi ke laman web https://nofaceproject.io/mint dan klik butang connect.
2. Akan ada MetaMask ‘pop up’ untuk sahkan yang korang tengah connect dengan laman web Projek NoFace.
3. Korang kena setuju dengan klik “Next” dan “Connect”
4. Akhir sekali, masukkan nombor yang korang nak buat, kemudian klik “mint”. Setiap NFT tu berharga 0.06 ETH
5. Akan ada beberapa MetaMask ‘pops up’ yang akan timbul. Hanya klik “confirm” untuk selesaikan transaksi.
Itu sahaja! Tahniah, korang akhirnya dah berjaya ‘mint’ NoFace NFT yang pertama!
Macam mana nak tengok dan jual NFT korang?
1. Pergi ke https://opensea.io
2. Klik pada ikon profil yang ditunjukkan di bawah
3. Pilih MetaMask untuk sambungkan kepada OpenSea
4. Sambungan MetaMask akan muncul tambahan pengesahan ‘dialog windows’. Hanya klik “Next” dan “Connect”
5. Tadaaa! Sekarang barulah boleh nampak korang punya NoFace NFT dekat OpenSea
PS: NFT yang korang ‘mint’ ni akan nampak macam imej kat bawah ni, kerana ia hanya akan didedahkan 24-48 jam kemudian supaya semua korang semua boleh tengok NoFace NFT masing-masing pada masa yang sama!
Koleksi istimewa dah pun DIJUAL!
Dalam beberapa hari yang lalu, Projek NoFace dah keluarkan siri khas ‘Spirit of Zodiac’ yang dah habis dijual dengan serta merta.
Jadi, korang dah boleh bayangkan ‘hype’ untuk projek ini, serta sokongan untuk seni DrewFunk.
Untuk sertai komuniti hebat NoFace, pastikan korang pergi ke https://nofaceproject.io/mint pada 15 April, jam 2.00 pagi!
Hanya ada kurang daripada 888 keping je tau, jadi jangan lepaskan peluang korang!
Untuk info lebih lanjut, korang boleh tengok kat sini:
- Twitter: https://twitter.com/NoFaceNFT_
- Instagram: https://www.instagram.com/noface_project/
- Discord: discord.gg/nofaceproject
Baca: “Korang Boleh Menang NFT, Hanya Dengan Cari Sticker Tersembunyi Di Petaling Street”