Presiden Muda, Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman mempersoalkan tindakan pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, selepas sesi dialog yang dijadualkan pada malam semalam (Khamis) di universiti tersebut telah dihalang.
Menurutnya, universiti tersebut cuba menghalang sesi dialog yang ingin diadakannya bertajuk “Intern Bukan Buruh Paksa” yang dianjurkan oleh Mahasiswa Demokratik Malaysia.
Terdahulu, Syed Saddiq berkata timbalan naib canselor universiti itu pada 28 Mac lalu memaklumkan UiTM tidak meluluskan program dialog itu dengan alasan menjaga keharmonian dalam kampus.
— Mahasiswa Demokratik (@demokratiksiswa) March 30, 2023
Syed Saddiq berkata tahun lepas ketika berada di kerusi pembangkang, dia dibenarkan memasuki universiti untuk mengadakan dialog dengan mahasiswa dan agak pelik kerana walaupun beliau kini berada di dalam kerajaan tetapi tidak dibenarkan atas alasan menjaga keharmonian.
Menurutnya, alasan berkenaan tidak munasabah dan ianya bertentangan dengan prinsip kerajaan madani.
Namun, selepas perbincangan dilakukan, UiTM telah bersetuju untuk membenarkan sesi dialog tersebut di kampus Shah Alam pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Majllis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti berkenaan turut menyatakan komitmen untuk menetapkan tarikh yang sesuai bagi mengadakan sesi dialog berkenaan selepas bulan Ramadan.
“Pelajar hari ini sudah boleh mengundi tetapi mereka tidak boleh terlibat dalam dialog aman seperti ini. Saya rasa ia tidak masuk akal “
Persetujuan tersebut diperolehi ahli parlimen Muar berkenaan selepas mengadakan rundingan selama kira-kira 20 minit dengan kakitangan UiTM.
Ketika Syed Saddiq muncul bersama rombongannya, pengawal keselamatan segera menutup pintu pagar dalam usaha menghalang mereka memasuki kawasan universiti.
Bagaimanapun ahli parlimen Muar itu berkata insiden malam ini tidak menghalangnya terlibat dalam sesi dialog di universiti lain dan berharap dapat bersua dengan pelajar sekerap yang mungkin.
Baca : Selepas Dihalau Dari IPTA, Kelas Demokrasi Fahmi Reza Disambut Baik IPTS Siap Galak Student ‘Join’