Baru-baru ini viral di media sosial berkaitan dengan video Ig live Dato Aliff Syukri sedang mempromosikan face mask keluarannya. Namun, ada seorang netizen meminta Aliff Syukri untuk membuat demonstration dengan mencurahkan air di atas face mask itu sama ada ianya bocor atau tak.
Kelihatannya face mask ‘kalis air’ itu bocor dimana air yang dicurahkan di atas face mask itu menitis ke bawah menembusi face mask itu. Alamak, kantoi pulak!
Insiden itu telah mendapat perhatian daripada seorang pendakwah muda yang dikenali sebagai Dai’ Wan. Dia menegur tindakan Aliff Syukri itu menerusi akaun Instagram miliknya dimana dia mengatakan tindakan Aliff itu jelas salah, lapor Mstar.
https://www.instagram.com/p/B_JdHxVJp_Q/
Dia mengatakan perbuatan Aliff Syukri jelas salah kerana wujudnya penipuan dalam mengiklankan produk keluarannya ketika berniaga.
“Ini bukan lagi satu kelucuan, ini satu pendustaan yang terang-terangan wujud ketika mengiklankan produknya ketika berniaga”
Dai’ Wan mengatakan yang perbuatan Aliff Syukri itu jelas haram dan jika ianya diteruskan akan akan jadi sebahagian dosa besar dan perlu bertaubat kepada Allah S.W.T serta meminta maaf kepada semua orang yang telah menonton dan mendengar marketing itu.
Dalam video itu juga memaparkan selepas air itu menitik ke bawah, cepat-cepat disorokkan ke tepi supaya viewers tak tengok insiden itu.
Tapi malangnya netizen melihatnya dan Aliff Syukri mengalihkan pandangan mereka dengan mengupas buah mangga selepas itu.
Ekoran daripada itu, Dai’ Wan menggesa agar Aliff Syukri segera bertaubat dan menghentikan penjualan face mask keluarannya dan tidak lagi membuat unsur penipuan dalam perniagaan.
Baca : “Nak berniaga biar jujur” – Aliff Syukri Kantoi Jual Topeng Muka Tak Kalis Air