in

“Ini betul, terus jumpa & take action” – Netizen Puji Tindakan YB KJ, Mohon Maaf Bagi Pihak Kerajaan Isu Veveonah & Menteri

Veve Kj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak mahu kemelut isu pelajar UMS, Veveonah Mosibin dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berpanjangan, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) YB Khairy Jamaluddin telah mengadakan pertemuan dengan pelajar tersebut semalam.

Berkongsi di Twitter, Khairy berkata, beliau mewakili kerajaan turut memohon maaf kepada Veveonah dan ibu bapanya atas kesulitan yang dilaluinya baru-baru ini. 


Tidak cukup dengan itu, Khairy juga cadangkan Veveonah untuk bekerjasama dengan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) untuk membangunkan projek inovasi di kampung gadis tersebut dalam pemeliharaan alam sekitar. Wah baguslah tu! 

 

“Tak banyak cakap, terus minta maaf bagi pihak kerajaan” – Netizen 

Tindakan Khairy tersebut mendapat pujian netizen kerana beliau dilihat cekap dan pantas dalam menangani masalah tersebut. Tak perlu banyak cakap cuma minta maaf dan kembali menjernihkan keadaan.

Jernih Kj

Apa-apapun harapnya masalah ini tidak dipanjangkan lagi dan yang paling penting rakyat di Sabah mendapat capaian internet yang terbaik untuk kegunaan harian. 

Baca: “Mungkin pendapat saya disalah tafsir” – Zahidi Akhirnya Mohon Maaf Pada Veveonah Di Dewan Negara

Collage 13

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.