Bahasa isyarat merupakan kaedah komunikasi yang tidak menggunakan suara, tetapi pergerakan tangan, badan dan bibir untuk menyampaikan maklumat bermaksud apa yang di fikiran seorang “penutur” sepertimana bahasa yang dituturkan melalui percakapan.
Terbaru, tular video penyanyi dan pengacara Alif Satar menggunakan bahasa isyarat dengan seorang yang difahamkan individu kelainan upaya (OKU) percakapan.
@johnlemmonnn Alif Satar is the true definition of Jack of All Trades! #alifsatar @alifsatar
Perkongsian oleh pengguna TikTok @johnlemmonnn itu menarik perhatian netizen kerana seperti yang ramai sudah maklum Alif Satar merupakan seorang yang multi talented atau mempunyai bakat yang pelbagai.
“Alif Satar ni memang manusia yang lain daripada lain. Singer, komposer, pianist, businessman, Ironman and he’s fluent in sign language too!
Dah bertahun aku berkawan dengan dia, baru tahu he knows sign language,” tulisnya di kapsyen.
“Ini baru betul influencer!”
Ruangan komen video berdurasi 40 saat itu dipenuhi dengan pujian daripada netizen dan sudah pastinya ramai yang memuji kredibiliti serta bakat penyanyi lagu Anugerah Terindah itu.
Selain itu, dalam ruangan komen terdapat juga netizen yang memberitahu kefasihan Alif Satar dalam berbahasa isyarat adalah kerana ibunya merupakan seorang guru pendidikan khas yang mengajar bahasa isyarat.
Fuh, idola betul lah Alif Satar ni!
Baca: “Saya sudah agak” – [VIDEO] Alif Satar Nafi Terlibat Dengan Sebarang Babak ‘Panas’ Filem Pulau