Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa baru-baru ini dalam sebuah catatan di Facebook mendedahkan penduduk Putrajaya merekodkan kadar obesiti, kolesterol tinggi dan juga kurang menjalankan aktiviti fizikal.
Dr Zaliha menekankan bahawa cabaran tersebut perlu ditangani oleh semua pihak kerana bukan sahaja tiga masalah tersebut, Putrajaya juga merekodkan tahap kemurungan tertinggi di Malaysia.
Artikel berkaitan : “Dah ada patient 20 tahun diabetic type 2” – Doktor Luah Rasa Bimbang Kadar Kesihatan Orang Muda Kita
Artikel berkaitan : Lebih Separuh Rakyat M’sia Gemuk, KKM Akan Letak Jumlah Kalori Makanan Di Restoran Tahun Depan
Perkara tersebut ditekankan betapa seriusnya keadaan ini dengan menyatakan ianya amat membimbangkan dan campur tangan semua pihak diperlukan termasuklah memainkan peranan proaktif badan sukan.
Tambah kenyataan beliau lagi, usaha kerjasama adalah perlu daripada pelbagai pihak berkepentingan bagi menangani isu kesihatan tersebut dengan berkesan.
Dalam masa yang sama, bagi menangani kebimbangan kesihatan yang mendesak di Putrajaya, Kementerian pada Hari Wilayah Persekutuan memperkenalkan model “CHASE City” yang mana ‘Bandar Sihat’ diangkat sebagai salah satu visi utama.
Selain itu, pelaksanaan model ini bukan sahaja untuk Putrajaya tetapi kesemua Wilayah Persekutuan dan ia menandakan langkah strategik ke arah mengutamakan kesihatan serta kesejahteraan dalam perancangan dan pembangunan bandar.
Dalam pada itu, Kerajaan Persekutuan pula melancarkan inisiatif “Putrajaya Sihat Sejahtera menjelang 2030” yang baru-baru ini dibincangkan semasa Mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bertujuan untuk tangani jurang kesihatan dan meningkatkan kesejahteraan keseluruhan di Putrajaya menjelang 2030.
Sumber : Bernama