in

Ini 7 Selebriti Malaysia Yang Bercerai Sepanjang 2023

cats 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kisah penceraian selebriti yang berlaku dalam negara pasti menjadi isu hangat yang diperkatakan. Memang tak dapat nafikan, dorang adalah golongan yang sering dianggap sebagai contoh dalam pelbagai perkara termasuklah hidup perkahwinan.

Akan tetapi, mereka juga tak terlepas daripada diuji dengan bermacam dugaan yang mencabar sehingga akhirnya, mereka terpaksa ambil keputusan yang berat untuk bercerai. Jadi, untuk artikel kali ni, min nak cerita pada korang tujuh selebriti Malaysia yang bercerai sepanjang 2023.


1. Farid Kamil dan Diana Danielle 

1 3

Kalau cerita pasal pasangan ni, memang semua orang kenal. Sebabnya, mereka merupakan pelakon tanah air yang telah banyak membintangi filem tempatan sejak tahun 2000-an seperti Magika dan Lagenda Budak Setan.

Mengikut rekod, mereka telah mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora. Akan tetapi, pada 10 Ogos lalu, mereka telah berpisah disebabkan tiada persefahaman dan berlakunya perbalahan yang panjang.

Namun begitu, pasangan ni dilaporkan telah rujuk semula selepas bercerai melalui Google Meet demi kedua-dua anak mereka.

2. Datuk ND Lala dan Fauziah Sarman

d5

Setelah hidup bersama selama 34 tahun, pasangan yang juga merupakan ibu bapa kepada penyanyi terkenal, Shila Amzah turut berpisah pada tahun ni. Kalau korang nak tahu, di akhir perkahwinan mereka, timbul banyak spekulasi mengenai Datuk ND Lala.

Menurut Fauziah, suaminya tak beri nafkah kepadanya bertahun-tahun dan mereka hanya hidup bergantung kepada seorang anak mereka. Selain tu, suaminya turut dikatakan berkahwin lain tanpa pengetahuannya.

Setelah konflik demi konflik berlaku akhirnya, Fauziah telah diceraikan suaminya pada 2 Ogos lalu secara ‘voice note‘ menerusi aplikasi Whatsapp.

3. Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana

puteri sarah 1

Kisah penceraian pasangan selebriti ni antara yang paling kontroversi tahun ni. Pada mulanya, mereka berdua mengalami perbalahan yang berlarutan ditambah pula dengan kewujudan orang ketiga yang mengganggu rumah tangga mereka.

Setelah diketahui Puteri Sarah tentang perkahwinan suaminya dengan isteri kedua iaitu Ira Kazar, dia nekad untuk bercerai dengan suaminya. Akan tetapi, pasangan tersebut tak dapat kata sepakat menyebabkan proses penceraian ini semakin berpanjangan.

Walaupun begitu, pada 14 Jun lalu, Syamsul telah akur untuk bercerai talak satu dengan isteri pertamanya sekaligus meredakan kemelut rumah tangga mereka. Untuk rekod, mereka berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua orang anak.

4. Datuk Zainal Abidin Hassan dan Fyna Jebat

FYNA JEBAT ZAINAL ABIDIN CERAI

Perkahwinan Fyna Jebat yang merupakan bekas isteri kedua kepada jurulatih bola sepak ini turut menemui titik noktah. Dikatakan, kontroversi tentang penceraian mereka bermula apabila anak Zainal, Zahira Aisyah membuat satu hantaran di media sosial yang mengatakan mereka berdua sudah pun berpisah.

Dipercayai, sebab mereka bercerai adalah kerana tidak mendapat restu daripada isteri pertama Zainal, Datin Zalina Zaini. Oleh itu, rumah tangga mereka hanya sempat didirikan selama empat bulan dan berakhir pada Mei lalu.

5. Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada

1953982

Seperti Puteri Sarah, Nurul Shuhada juga memfailkan penceraian terhadap suaminya yang juga pelakon, Hafidz Roshdi. Sebabnya, dia dapat tahu yang suaminya menjalinkan hubungan dengan orang ketiga secara senyap-senyap.

Disebabkan itu, dia dikatakan ditumbuk suaminya sebanyak tiga kali di muka apabila hubungan rahsianya terbongkar buat kali kedua. Selain itu, dia juga mendakwa bahawa dia dah lama minta cerai dengan suaminya atas alasan sudah tak bahagia bersama.

Pada akhirnya, mereka telah disahkan bercerai talak satu pada 27 Julai lalu dengan kedua-dua anak mereka akan dijaga oleh Shuhada sendiri.

6. Afiq Muiz dan Pachara Apin

2183033

Rumah tangga pasangan yang juga merupakan pelakon ini turut runtuh pada tahun 2023. Pada mulanya, perkahwinan mereka bergolak apabila Pachara membuat laporan polis terhadap Afiq yang didakwa telah mencederakannya.

Balas Afiq, dia turut membuat laporan polis pada Disember 2022 atas tuduhan fitnah terhadapnya. Dia juga memfailkan tuntutan nusyuz terhadap isterinya kerana didakwa telah berlaku curang.

Setelah beberapa bulan naik turun mahkamah, akhirnya mereka berdua telah disahkan bercerai pada Julai lalu dengan tuntutan nusyuz terhadap Pachara ditarik balik oleh Afiq. Untuk rekod, mereka berkahwin pada 2019 dan tidak mempunyai cahaya mata.

7. Datuk Jovian Mandagie dan Nina Sabri

204012b3733qzepfrzu783

Terbaru, pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie telah dilaporkan bercerai dengan isterinya, Nina Sabri yang merupakan anak kepada Perdana Menteri Malaysia ke-9, Ismail Sabri. Sebenarnya, mereka telah pun bercerai sejak empat bulan lalu namun baru dimaklumkan oleh Jovian sendiri di Instagram-nya baru-baru ni.

Walaupun begitu, mereka dikatakan berpisah secara baik dan masih mengekalkan hubungan sebagai kawan baik. Sejak rumah tangga mereka didirikan pada 11 Disember 2013, pasangan sejoli ini dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia enam tahun.

Sumber: GLAM, Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.