in

Ini 5 Selebriti Yang Pernah Jadi ‘Penyondol’ Laki Orang!

Collagefeat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Akhir-akhir ini, isu penyondol telah menjadi topik hangat di Malaysia. Ramai yang berpendapat bahawa tindakan mencuri atau mengacau rumah tangga seseorang ni memang tak boleh diberi muka dan patut dikecam.

Malah ada juga yang mengambil tindakan untuk memboikot individu-individu yang dikaitkan dengan imej penyondol ini.


Jadi pada artikel kali ini, apa kata kita tengok selebriti-selebriti yang rela menjadi ‘orang ketiga’ dan sekaligus merosakkan hubungan atau perkahwinan seseorang.

1. Angelina Jolie

Angelina Jolie Brad Pitt 1.Jpg

Angelina Jolie merupakan penyondol yang paling terkenal dan sering disebut-sebut di kalangan selebriti Hollywood. Mana tidaknya, kita semua tahu yang Brad Pitt telah pun berkahwin dengan Jennifer Aniston ketika dia memulakan penggambaran Mr. & Mrs. Smith bersama Angelina.

Brad dan Jennifer ketika itu telah pun berkahwin selama lima tahun sebelum kemunculan Angelina. Ramai yang terkejut bila mendapat tahu Brad mahu meninggalkan pelakon kesukaan Amerika untuk Angelina.

Kalau korang nak tahu, sebelum dengan Brad, Angelina pernah juga menjadi orang ketiga dalam perhubungan lain. Billy Bob Thornton telah bertunang dengan pelakon Laura Dern apabila dia memulakan hubungan bersama Angelina.

Bila ditanya tentang perhubungan sulit tersebut, Laura mengatakan bahawa dia telah meninggalkan rumah untuk berlakon dan ketika dia sedang bekerja jauh, teman lelakinya telah berkahwin dengan orang lain dan dia tak pernah bercakap dengan lelaki itu lagi.

Bukan sahaja Angelina telah merampas Billy Bob, pelakon ini juga sempat membuat tatu sempena nama Bob dan memakai rantai dengan vial berisi darah lelaki itu.

2. Gisele Bundchen

Tom Brady And Gisele B C3 Bcndchen Attend The 2019 Met Gala News Photo 1664907170

Gisele Bundchen boleh dikatakan sebagai antara wanita paling cantik di dunia. Jadi tak hairanlah kalau dia dapat gunakan wajahnya untuk mencuri pemain bola Tom Brady dan kekasihnya pada ketika itu, pelakon Bridget Moynahan.

Bukan sahaja Tom telah meninggalkan kekasihnya itu untuk Gisele malah dia juga turut meninggalkan anak di dalam kandungan Bridget.

Tom dan Gisele telah bertemu pada 2006 melalui seorang mutual friend, dan model ini mengatakan, sejak itu mereka tak pernah berhenti bercakap dengan satu sama lain. Mereka telah berkahwin pada tahun 2009 namun bercerai pada tahun 2022. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang anak.

Tom dan Bridget bagaimanapun kekal berkawan kerana membesarkan anak mereka bersama namun Bridget mengakui walaupun tak ada drama di antara dia dan Gisele, kehidupannya sebagai ibu tunggal tetap sukar.

3. Amber Heard

041916 Couple Johnny Amber Lead 2000 4D285A07F131459Db9B8B11408A7B0A1

Johnny Depp sedang menjalinkan hubungan dengan pelakon dan penyanyi Perancis Vanessa Paradis dari 1998 sehingga 2012 sebelum bertemu dengan Amber Heard.

Vanessa dan Johnny kelihatan seperti pasangan yang kuat dan mempunyai dua cahaya mata bersama dan sering dilihat bersama di acara karpet merah.

Namun semuanya terhenti apabila Johnny bertemu Amber di set lakonan The Rum Diary, dia terus jatuh cinta dengan pelakon berusia 23 tahun lebih muda darinya. Dia juga turut mengatakan yang dia tak boleh nak lupakan Amber.

Johnny telah meninggalkan Vanessa dan berkahwin dengan Amber beberapa tahun kemudian. Selepas beberapa tahun berkahwin, Johnny dan Amber telah melalui penceraian yang buruk termasuk dengan pelbagai tuduhan penderaan rumah tangga.

4. Denise Richard

Mv5Bmja2Odgwmda2Of5Bml5Banbnxkftztywmze3Ndg1. V1

Pelakon dan model Denise Richards telah mencipta kontroversi selepas dia dilaporkan telah mencuri suami rakan baiknya. Denise telah memulakan hubungan dengan pemain gitar Bon Jovi, Richie Sambora, yang sedang dalam perhubungan dengan pelakon Heather Locklear.

Denise pada ketika itu baru sahaja bercerai dengan suaminya, Charlie Sheen. Heather dan Richie telah berkahwin dari tahun 1994 sehingga 2007 dan mempunyai seorang anak bersama. Walaupun Richie mengatakan yang dia tak pernah curang dengan isterinya, banyak laporan mengatakan bahawa hubungannya dengan Denise telah menghancurkan perkahwinan tersebut.

Malah Richie dan Denise telah bercinta secara terbuka tak lama selepas Richie bercerai secara rasmi. Hubungan Denise dan Heather juga tidak lagi berkawan baik selepas kejadian tersebut.

5. LeAnn Rimes

Leann Rimes Eddie Cibrian 1 19C09Efaf4Ce4Af58B36Fb8A0C042195

LeAnn Rimes telah mengejutkan peminat-peminatnya apabila dia dikatakan telah mencuri suami bintang realiti TV Brandi Glanville, Eddie Cibrian. Ketika itu juga LeAnn masih berkahwin ketika mereka bertemu di dalam set filem Northern Lights.

Paparazi telah mengambil gambar pasangan ini bermesra-mesraan di dalam restoran ketika kedua-dua mereka sedang berkahwin dengan orang lain. Tak lama selepas gambar tersebut tersebar, LeAnn telah meminta cerai dari suaminya, Dean Sheremet.

LeAnn dan Eddie kemudiannya telah berkahwin dan pada awal perhubungan mereka, penyanyi ini mengatakan yang dia bertanggungjawab atas tindakannya yang telah melukakan orang lain namun turut menegaskan yang dia tak menyesal dengan kesan dari perbuatannya itu.

Sumber: Perez Hilton

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.