Dari zaman dahulu hingga sekarang, ada pelbagai amalan yang dibuat untuk pengebumian dan kematian. Macam pada zaman Victoria, orang yang telah mati akan dihias dan digayakan di depan kamera dan gambar mereka diambil untuk disimpan buat kenangan.
Ada satu zaman pula, amalan menyimpan sebahagian dari tubuh badan seseorang sebagai kenangan atau untuk digunakan sebagai alat penyembahan. Selain itu, ada juga kes anggota badan disimpan bagi menjadi simbolik untuk mendera orang yang sedang mati.
Kalau korang nak tahu, ada beberapa orang terkenal telah dikebumikan tanpa anggota badan yang penting atas sebab-sebab yang pelik dan ada juga yang tak masuk akal. Malah, ada antara kes dekat bawah ni, anggota badan mereka jadi lebih terkenal dari individu itu sendiri tau!
Artikel terkenal: Mileva Marić: Isteri Pertama Albert Einstein Yang Dilupakan Walaupun Jadi Penyumbang Terbesar Kejayaannya?
Artikel terkenal: “Harga jadi famous” – Ini 5 Selebriti Yang Maut Di Tangan Peminat Sendiri
1. Kepala Mata Hari
Mata Hari merupakan seorang penari eksotik terkenal yang disabitkan bersalah menjadi seorang pengintip ketika Perang Dunia Pertama. Dia dibesarkan di Netherlands sebelum meninggalkan suaminya dan menukar namanya untuk menjadi penari di Paris.
Namun begitu, pihak berkuasa Perancis percaya bahawa wanita ini sebenarnya merupakan seorang pengintip dan telah kongsikan rahsia negara kepada kekasih-kekasihnya dari Jerman semasa perang.
Sama ada benar atau tidak, ia tak diketahui sehingga sekarang namun Mata Hari telah disabitkan bersalah dan dihukum pancung pada tahun 1917.
Malangnya, tiada ahli keluarganya yang datang untuk menuntut mayatnya sehingga dia telah didermakan kepada Muzium Anatomi.
Di muzium ini, kepalanya telah diawetkan dan diletak menjadi pameran bersama penjenayah-penjenayah perang ketika era tersebut. Kemudian, pada tahun 2000, pihak muzium menyedari bahawa kepala wanita ini telah hilang tapi tak ada orang perasan. Dikatakan, kepalanya telah pun hilang selama bertahun-tahun.
Ada beberapa dakwaan mengatakan kepala penari ini telah hilang tanpa disedari atau seseorang telah mencurinya ketika bangunan muzium ditukar pada tahun 1954.
2. Otak Albert Einstein
Ahli Fizik terhebat, Albert Einstein telah meninggal dunia pada 18 April 1955. Dalam masa beberapa jam, satu bedah siasat telah dijalankan ke atas mayat Einstein oleh seorang ahli patologi, Thomas Harvey di Hospital Princeton.
Namun begitu, tanpa pengetahuan orang, Harvey telah mengambil otak Einstein ketika melakukan prosedur tersebut dan membawanya ke sebuah makmal di Universiti Philadelphia sekaligus menidakkan permintaan terakhir ahli fizik ini yang mahukan mayatnya untuk dibakar dan abunya ditabur di lokasi rahsia bagi mengelakkan orang memuja kuburnya serta menggunakan tubuh badannya sebagai bahan ujikaji.
Jenayah Harvey ini akhirnya terbongkar beberapa hari kemudian, tapi lelaki ini berjaya meyakinkan anak lelaki Einstein untuk membenarkan dia menyimpan otak tersebut demi kepentingan penyelidikan sains.
Harvey kemudiannya telah menghiris otak Einsten kepada 240 kepingan dan mengawetnya di dalam celloidin dan menyimpannya di dalam dua balang. Dia telah menghantar beberapa cebisan kepada ahli-ahli patologi dan pengkaji di seluruh negara. Tapi dalam masa bertahun-tahun, dua balang tersebut disimpan tanpa disentuh di bawah rumahnya.
Kemudian 1985, Harvey dan ahli patologi lain akhirnya mengeluarkan kajian tentang otak Einstein sebelum Harvey meninggal dunia pada 2007. Otak Einstein selebihnya telah pun didermakan oleh Harvey kepada Muzium Kesihatan dan Perubatan berhampiran Washington, DC.
3. Tulang Santa Claus
Zaman dulu, ianya merupakan amalan biasa untuk menyimpan tulang dan anggota tubuh badan “orang-orang suci” sebagai tanda peringatan. Tinggalan ini kemudiannya akan menjadi salah satu alat pemujaan dan dipercayai boleh mendatangkan keajaiban serta memberikan kedudukan kepada orang yang menyimpannya.
Apabila St. Nicholas yang menjadi inspirasi kepada Santa Claus mati, banyak tulangnya disimpan dan dipamerkan di sebuah pekan bernama Myra yang terletak di Turki. Namun begitu, satu pekan telah mengupah sekumpulan pencuri untuk mendapatkan tulang tersebut dan ia masih dipamerkan di pekan Bari sehingga sekarang.
4. Jari dan gigi Galileo
Ahli astronomi terkenal Galileo memang sangat bertuah apabila dia dapat dikebumikan dengan tubuh badan yang lengkap.
Namun begitu, ketika mayatnya telah dikorek semula untuk dialihkan ke makam yang lebih megah di Florence, beberapa peminatnya telah mengambil beberapa bahagian tubuhnya. Dikatakan, mereka telah berjaya mengambil tiga jari, satu gigi dan satu tulang vertebranya!
Satu jarinya telah diambil oleh seorang antiquarian bernama Anton Francesco Gori yang telah menjaganya dengan baik. Jari ini kemudiannya dipamerkan di Perpustakaan Laurentian sebelum dipindahkan ke Muzium Sejarah Sains di Florence.
Tulang vertebra Galileo pula dipamerkan di Universiti Padua sehingga hari ini. Manakala dua jari dan giginya telah hilang untuk jangka masa yang lama sebelum ianya tiba-tiba dibuka untuk bidaan di Itali. Pembelinya kemudian telah membawa tulang ini ke Muzium Sejarah Sains di mana mereka mengesahkan ianya memang milik ahli astronomi tersebut!
5. Gigi Buddha
Buddha asal, Gautama Buddha yang mula mewujudkan agama Buddha yang mati di antara tahun 544 dan 368 sebelum masihi. Dia telah dibakar tapi salah seorang pengikutnya Khema dikatakan telah menyimpan satu giginya.
Khema kemudiannya membawa gigi tersebut ke kerajaan Hindu di mana ia telah dipuja selama berkurun-kurun. Selepas itu, gigi Buddha telah pergi ke satu tempat ke satu tempat di mana ramai pemimpin yang mahu memilikinya dan ada juga yang mahu musnahkannya.
Akhirnya gigi ini telah dihantar ke Sri Lanka ketika kurun ke-12 di mana ia telah tinggal di sana. Gereja Katolik telah cuba untuk musnahkan tinggalan itu beberapa kali namun gagal. Sekarang ini dipamerkan di Sri Dalada Maligawa juga dikenali sebagai Kuil Gigi.
Sumber: Stars Insider