Bila tibanya Ramadan, perkara pertama yang difikirkan adalah menambah amal ibadah, mengumpul pahala, ingin mendapat ganjaran yang berganda sepanjang bulan mulia ini.
Bukanlah sekadar menahan lapar dan dahaga, bulan puasa juga korang boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa dengan lebih bermakna.
Selain menjaga lidah, kita juga disarankan untuk menjaga mata daripada melihat perkara-perkara yang tidak baik. Jadinya, pasti kita mencari hiburan yang bermanfaat untuk ditonton sepanjang Ramadan.
Sempena bulan Ramadan ini, kami senaraikan beberapa seleksi pilihan filem dan siri yang bukan sahaja menghiburkan, malah sarat dengan mesej dan kebanyakannya menyentuh emosi.
Bilal: A New Breed of Hero
Filem yang diinspirasikan daripada kisah benar Bilal bin Rabah, orang pertama yang mengumandangkan azan di dunia. Filem animasi ini mengisahkan seorang budak lelaki yang bercita-cita untuk menjadi seorang pahlawan telah diculik dan dibawa ke dunia yang penuh kekejaman dan ketidakadilan.
Animasi ini juga telah tercalon dalam kategori Filem Animasi Terbaik di Anugerah Skrin Asia Pasifik pada 2016.
The Sultan and Khan: Mendirman Jalollidin
Drama bersiri ini menggambarkan tentang kehidupan Jalal ad-Din Mingburnu berdepan dengan Genghis Khan demi mempertahankan takhta Empayar Turki Khawarizmi.
Korang tahu tak, kira-kira lebih seribu orang yang terlibat dalam pembikinan drama bersiri ini termasuklah warga Malaysia. Fuh, ramainya!
Omar
Siri sejarah tentang khalifah kedua dan memegang gelaran Amirul Mukminin pertama, Omar bin Al-Khattab pada masa awal penyebaran agama Islam.
Siri ini menjadi siri penerbitan Arab terbesar pernah ada dengan melibatkan 30,000 pelakon dan pasukan teknikal dari 10 buah negara.
Food from the Heart
Ikuti beberapa tukang masak di seluruh dunia ketika mereka berkongsi bagaimana Islam telah mempengaruhi perjalanan masakan mereka. Dalam siri ini, turut menampilkan pasangan suami isteri yang mengendalikan restoran masakan kampung, Teratak Warisan Kampung di Perak.
Tadaruz Al Quran: 30 Juz for 30 Days
Kebiasaannya, dalam pengisian bulan Ramadan, amalan tadarus menjadi pilihan. Dalam amalan masyarakat Islam, tadarus al-Quran dilakukan secara berkumpulan dan dibaca bergiliran sehingga khatam di bulan Ramadan.
Program ini dihasilkan oleh syarikat tempatan, Agami Group Sdn Bhd dengan menampilkan 12 qari dan qariah terkenal tanah air termasuklah CEO syarikat; Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, Johan Tilawah Al-Quran Kebangsaan; Ustaz Qayyim Nizar dan Johan Tilawah Al-Quran Antarabangsa; Ustazah Farhatul Fairuzah.
Semua senarai filem dan siri di atas lebih mudah ditonton menerusi penstriman video Qalbox di aplikasi Muslim Pro.
Ya, bukan sahaja waktu solat, kiblat dan membaca Al-Quran yang ada dalam Muslim Pro, korang juga boleh akses pelbagai filem, dokumentari, program kanak-kanak dan banyak lagi yang memfokuskan kandungan mesra Muslim dan mesra keluarga daripada seluruh dunia menerusi Qalbox.
Sempena Ramadan ini, pengguna Malaysia boleh mendapatkan Qalbox pada harga serendah RM3.30/bulan jika mendaftar pelan langganan tahunan pada harga promosi RM24.90/tahun (harga asal RM49.90).
Separuh daripada jumlah hasil langganan akan didermakan kepada Tabung Bantuan Kanak-Kanak Palestin (PCRF).
Dengan melanggan Muslim Pro premium, pengguna dapat menikmati aplikasi bebas iklan, lebih banyak pilihan suara azan dan Al-Quran serta akses kandungan Qalbox.
Qalbox juga tersedia untuk tontonan pada telefon pintar, aplikasi web, tablet dan SMART TV Chromecasting. Jadinya, korang tak perlu risau untuk tonton pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.
Bagi yang menggunakan Muslim Pro, boleh melanggan Qalbox melalui pautan khusus yang disediakan pada aplikasi tersebut hari ini.