in

Ini 10 Selebriti Malaysia Yang Melangsungkan Perkahwinan Sepanjang Tahun 2022!

Ft Artis Kahwin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perkahwinan adalah antara salah satu perkara yang terindah dan pasti diimpikan oleh setiap pasangan bercinta kerana hidup berpasangan adalah fitrah semula jadi.

Melalu majlis perkahwinan, tercipta memori indah antara pasangan ini dan kita sebagai orang luar pasti akan tumpang gembira buat mereka.


Oleh itu, Lobak Merah akan listkan selebriti Malaysia yang melangsungkan perkahwinan mereka sepanjang tahun 2022!

1) Adam Lee & Sweet Qismina

Whatsapp Image 2022 10 24 At 12.19.41 Pm 1

Pasangan pelakon, Adam Lee dan Sweet Qismina telah selamat diijab kabulkan pada 24 Oktober dengan sekali lafaz. Adam atau nama sebenarnya Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee berkata, pemilihan tarikh 24 Oktober itu adalah sempena dia mengambil alih tanggungjawab menjadi ketua keluarga dalam hidup Sweet.

2) Mohd Al-Adib Fahmi & Wany Hasrita

Copy Of Tolak Pelawaan Penaja Hmfield Image Socialmedia.var 1658872849

Penyanyi Wany Hasrita, 30, sah bergelar isteri kepada Mohd Al-Adib Fahmi Harun pada 22 Julai tahun ini. Akad nikah itu disempurnakan oleh bapanya sendiri Hasbullah Hassan dan disaksikan Penolong Pendaftar Nikah Qariah Masjid Al Mukarramah, Mat Syaharuddin AlRasyid Mat.

3) Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman & Datin Seri Heliza Helmi

Collage Heliza

Penyanyi yang juga seorang aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi telah selamat mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli pernigaan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman, majlis akad nikah  berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, jam 11:11 pagi pada 1 Januari 2022.

4) Arif Abdillah Idris & Vanidah Imran

Vanidah Imran Suami Baru E1657173207991

Setelah hampir empat tahun hidup bergelar ibu tunggal, Vanidah Imran kembali bergelar isteri kepada Arif Abdillah Idris pada 7 Julai. Pernikahan itu dilakukan oleh Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Faizudz Saderi di Titiwangsa, Kuala Lumpur.

5) Muhammad Sufian Isa & Mas Idayu

1876019

Penyanyi Dangdut terkenal, Mas Idayu selamat mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan pilihan hatinya, Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Isa. Majlis perkahwinan itu diadakan di Magica Event Hall, Quill City Mall pada 16 September.

6) Safawi Rasid & Syifa Melvin

Photo 2022 12 01 18 15 13 1669891220

Ini juga antara perkahwinan yang menjadi bualan warganet. Pemain pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rasid sah bergelar suami kepada Syifa Melvin pada 28 November. Pasangan itu dinikahkan oleh Ustaz Khairil Nizam dan disaksikan oleh Amirol Melvin dan juga Shaheizy Sam iaitu suami Syatilla Melvin (Kakak Syifa).

7) Da’i Syed & Hana Ismail

Page1 162

Pendakwah bebas Da’i Syed sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada 3 Disember dengan wanita pilihannya, Hana Ismail pada 3 Disember. Majlis yang berlangsung di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur dinikahkan oleh jurunikah, Mohd Nazri Yacob dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Ismail Dahwan.

8) Akwa Arifin & Najwa Latif

Sekufu Wawa Bh

Penyanyi Najwa Latif telah mendedahkan bahawa dia sah menjadi isteri kepada seorang ahli muzik, Akwa Arifin sekaligus menamatkan zaman bujangnya pada usia 27 tahun. Berita itu dikongsikan sendiri oleh Imratul Najwa Abdul Latif atau lebih mesra dengan panggilan Najwa melalui akaun media sosial Instagramnya.

9) Syed Zainal Rashid & Sharifah Amani

Photo 2022 09 10 11 54 17 1662782837

Sharifah Amani selamat bergelar isteri kepada Syed Zainal Rashid pada 10 September tahun ini. Dalam majlis yang tertutup itu, pasangan tersebut dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah JAWI, Ustaz Mohd Rahimi P Ramlee serta berwalikan bapa pengantin perempuan.

10) Engku Isyamuddin Tuan Losin & Anita Baharom

Rap Anitabaha Hmfield Image Listing Featured V2

Mendirikan rumah tangga buat kali kedua, Anita Baharom telah sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Engku Isyamuddin Tuan Losin pada 22 Disember. Perkahwinan yang mengundang pelbagai reaksi netizen kerana Anita tidak mengambil masa yang lama untuk berkahwin semula setelah kematian suami pada 1 Januari lalu.

Pehhhh ramai betul artis yang berkahwin pada tahun 2022 ni! Semoga kekal bahagia ke anak cucu semuaa! Tahniah diucapkan! 🙂

Baca : Bermula Dengan Cinta Lokasi, Ini 6 Pasangan Selebriti Korea Yang Berkahwin Setelah Berlakon Bersama

F3 Krcpl 758X399 1

Sumber: Utusan
Sumber: Harian Metro
Sumber: Kosmo
Sumber: Kosmo
Sumber: Majoriti
Sumber: Harian Metro
Sumber: Portal
Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.