Tahun 2023 mencatatkan sejumlah besar filem-filem keluaran produksi terkenal yang meletup sehingga mencetuskan fenomena luar biasa terhadap peminat filem sedunia. Hal ini sudah tentu merancakkan lagi industri perfileman antarabangsa sekali gus memberi harapan tinggi dalam masyarakat untuk penghasilan filem lagi gempak pada tahun ni.
Jadi, apa kita throwback sekejap dan saksikan 10 filem pecah panggung paling tinggi sepanjang 2023. Mana tahu, ada filem yang korang nak tengok lagi?
10. Ant-Man and The Wasp: Quantumania (476 juta dolar)
Macam yang korang tahu, filem-filem keluaran Marvel Cinematic Universe (MCU) ni meraih sebilangan besar peminat di seluruh dunia. Asal ada filem baru je, mesti orang ramai akan serbu ke pawagam berdekatan. Kalau korang peminat tegar movie-movie Marvel, korang patut tengok filem Ant-Man ni.
Sebabnya, jalan ceritanya saling berkait dengan filem Marvel sebelum ni. Jadi, rugi kalau korang tak tonton filem ni.
Walaupun mendapat box office namun, disebabkan banyak review kata filem ni tak setinggi expectation dorang jadi, ianya hanya dapat kutipan yang cukup-cukup makan dengan bajet filem ni.
9. Elemental (496 juta dolar)
Filem terkenal yang diterbitkan Studio Animasi Pixar ni turut menempah tempat dalam senarai pecah panggung ini. Mana taknya, filem kartun ni memang sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Sebab itu, ibu bapa boleh bawa anak sekali pergi tengok dekat wayang sekali gus menaikkan lagi jumlah kutipan Elemental ni.
8. Mission: Immpossible – Dead Reckoning 1 (567 juta dolar)
Dengan dibintangi Tom Cruise iaitu pelakon berpengalaman yang banyak menang anugerah Oscars, filem ni juga menjadi salah satu box office pada tahun lepas. Menariknya, ia merupakan filem ke-7 dalam francais Mission: Impossible yang bertahan lebih dua dekad tau!
Akan tetapi, movie ni sepatutnya dapat kutipan lebih lagi namun disebabkan tayangannya disekalikan dengan dua filem box office tertinggi yang lain, ianya mendapat kutipan hampir 600 juta dolar sahaja.
7. The Little Mermaid (569 juta dolar)
Salah satu filem live-action tahun lepas, The Little Mermaid turut mengungguli carta ini. Ia merupakan remake daripada filem animasinya yang bertajuk sama pada tahun 1989. Dulunya, filem ni pernah ada kontroversi disebabkan pemilihan pelakon utamanya. Namun begitu, ia tetap memperoleh jumlah kutipan yang tinggi kepada syarikat penerbitannya, Walt Disney Pictures.
6. Spider-Man: Across The Spider-Verse (690 juta dolar)
Dalam banyak-banyak superhero yang ada, Spider-Man inilah yang menjadi favourite kebanyakan orang termasuklah di Malaysia. Ia dibintangi beberapa selebriti terkenal sebagai pelakon suara seperti Shameik Moore, Hailee Steinfeld dan Oscar Isaac.
Menariknya, masa awal-awal movie ni ditayangkan, Malaysia peroleh rekod dunia dalam perhimpunan terbesar orang berkostum Spider-Man iaitu seramai 685 orang sehingga tercatat dalam Guinness World Records tau! Cayalah!
Artikel berkaitan: “Kutipan terendah?” – Ini 9 Filem ‘Box Office Flop’ Paling Rugi Sepanjang Zaman
5. Fast X (704 juta dolar)
Boleh dikatakan, ramai antara kita membesar dengan filem ni. Mana taknya, francais Fast & Furious ni dah ditayangkan bertahun-tahun lamanya sehingga dianggap tiada penamatnya. Walaupun beberapa watak sama dikekalkan namun, ianya masih relevan dalam kalangan peminat kerana ramai lagi yang nak tengok kesinambungan filem ni.
Katanya nak keluar lagi filem baru. Betul ke?
4. Guardians Of The Galaxy Vol.3 (845 juta dolar)
Satu lagi filem dari MCU ini juga mendapat tempat dalam senarai box office 2023. Ia diarahkan oleh pengarah terkenal, James Gunn dan dibintangi oleh pelakon Kumpulan Penjaga Galaksi iaitu Chris Pratt, Dave Bautista, Karen Gillan, Zoe Saldana, Pom Klementieff berserta Vin Diesel dan Bradley Cooper sebagai pelakon suara.
3. Oppenheimer (952 juta dolar)
Filem biopik yang diarahkan Christopher Nolan ni memang menjadi fenomena sewaktu tayangannya di pawagam. Ia dibintangi oleh pelakon terkenal seperti Cillian Murphy, Emily Blunt dan Robert Downey Jr.
Selain tu, ramai yang kata filem ni penuh dengan editing yang memukau mata! Walaupun ia berdurasi selama tiga jam, penonton masih tak bosan layan movie ni sehingga ia memperoleh kutipan hampir 1 bilion!
Artikel berkaitan: “Tak sangka wei!” – Ini 5 Filem Tempatan Yang ‘Laku Keras’ Di Luar Negara
2. The Super Mario Bros. Movie (1.3 bilion dolar)
Tak dapat dinafikan, filem animasi yang diinspirasikan dari sebuah game ni layak mendapat gelaran box office pada 2023. Kalau korang ingat dulu, game Super Mario pernah menjadi kegilaan ramai orang jadi, bila ada adaptasi dalam bentuk movie, memang berduyun-duyunlah yang pergi tengok filem ni.
Ia merupakan hasil kerjasama syarikat Nintendo dan Illumination yang dibarisi pelakon terkenal seperti Anya Taylor-Joy dan Jack Black. Apa yang membanggakan, filem ni hampir menjadi filem animasi dengan kutipan tertinggi setanding Frozen dan Finding Nemo.
1. Barbie (1.4 bilion dolar)
Memang tak disangka, Barbie yang merupakan filem live-action dari sebuah mainan popular menjadi pemenang box office paling tinggi 2023. Seperti Oppenheimer, filem ni juga mencetuskan fenomena sehingga ramai orang datang ke pawagam dengan berpakaian seperti patung Barbie. Ia juga dibintangi Margot Robbie dan Ryan Gosling serta diterbitkan oleh syarikat Warner Bros.
Sumber: ScreenRant