in

Ingin Jumpa Cristiano Ronaldo, Peminat Bola Sepak Dari China Sanggup Kayuh Basikal Sejauh 13,000km

Cristiano Ronaldo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki muda dari China sanggup berbasikal selama 7 bulan ke Arab Saudi semata-mata untuk berjumpa bintang bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo.

Difahamkan, lelaki yang bernama Gong itu berasal dari wilayah Anhui dan telah memulakan perjalanannya sejak 18 Mac lalu.


Pada awalnya, dia berbasikal ke utara Beijing dan memasuki Kazakhstan dari Xinjiang. Kemudian, dia melintasi 6 buah negara lain sebelum tiba di Riyadh.

Menurut Gong, dia telah menempuh perjalanan sejauh 13,000km untuk berjumpa idolanya itu.

Pada Oktober 20, Gong akhirnya berjaya menemui Cristiano Ronaldo yang kini sedang bermain untuk kelab bola sepak Al Nassr.

Dalam pertemuan bersejarah itu, Cristiano telah menandatangani bajunya dan mengambil beberapa gambar bersama.

Pada masa yang sama, Cristiano juga telah memuji semangat Gong yang cekal berbasikal dari China sehingga ke Riyadh.

Artikel berkaitan: Selepas MU Cristiano Ronaldo Bakal Beraksi Untuk Kelab Arab Saudi, Al-Nassr Dengan Gaji RM330 Juta Setahun

Artikel berkaitan: Lelaki Ini Jadi Perhatian Ramai Peminat Wanita Gara-gara Miliki Wajah Iras Cristiano Ronaldo

Cristiano Ronaldo
Cristiano menandatangani jersi milik gong.

Walaupun mempunyai kekangan bahasa, kegembiraan jelas terpancar di wajah Gong. Katanya, usahanya berhasil walaupun mengalami masalah kewangan dan keletihan melampau semasa berbasikal.

Difahamkan, Gong bertindak berbasikal ke Riyadh disebabkan pembatalan lawatan Cristiano ke China atas masalah kecederaan kaki.

Gong telah menyediakan peralatan secukupnya untuk berbasikal; termasuklah sebuah khemah, dua buah powerbank, peralatan memasak dan beberapa helai baju.

“Di tempat makanan mahal, saya terpaksa makan roti. Malah, saya juga banyak bergantung pada telefon bimbit untuk bercakap dengan orang di negara lain disebabkan perbezaan bahasa.

“Di Armenia pada Ogos lalu, saya alami masalah kesihatan. Saya pengsan disebabkan demam tetapi nasib baiklah saya dapat rawatan percuma,” jelas Gong.

Difahamkan, dengan bantuan staf Al Nassr, Gong dapat ditemukan dengan idolanya Cristiano.

Sumber: Hindustan Times

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.