Kita semua mesti pernah rasa sakit kepala, kan? Kalau time sakit kepala tu, telan panadol dua biji then rehat or tidur. Lepas tu kita biar je, dua tiga jam lagi okey la tu. Lelaki ni buat benda yang sama macam kita semua, tapi tak sangka something yang sangat tragik dah terjadi kat dia.
Menurut Definitely Filipino, seorang lelaki dikenali sebagai Patrick Mendoza telah meninggal dunia kerana sakit kepala dan beberapa komplikasi kesihatan yang lain. Kakak Patrick, Jovelyn nak beri amaran kepada orang ramai tentang apa yang jadi kat adik dia, so dia upload pasal ni kat Facebook.
![29571074 180324399260254 2512848016091765844 n](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/04/29571074_180324399260254_2512848016091765844_n.jpg)
Jovelyn dan Patrick ni dua-dua kerja kat sebuah kilang di Korea Selatan. Mula-mula Patrick ni cuma sakit kepala dan demam. Dia sure yang ni bukan la serious sangat, so dia pergi terima suntikan dan ambil ubat kat klinik.
Baru empat hari sembuh, tiba-tiba Patrick jatuh sakit lagi sekali. Tapi dia tak nak la kena tahan kat hospital sebab dia rasa tu sakit kepala biasa je. Takkan la sakit kepala pun nak kena tahan kat wad, betul tak? Itu lah yang Patrick fikir sampailah tiba-tiba esok tu dia sawan sampai tak sedarkan diri dan dikejarkan ke hospital.
![29572797 180324449260249 762534464990140183 n](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/04/29572797_180324449260249_762534464990140183_n.jpg)
![29595280 180324525926908 909973877600296350 n](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/04/29595280_180324525926908_909973877600296350_n.jpg)
Lepas dah bagi suntikan dan macam-macam ubat, Patrick still tak bertambah baik. Disebabkan keadaan dia yang makin kritikal, Patrick ditempatkan kat Unit Rawatan Rapi (ICU). Apa yang mengejutkan, Patrick rupanya ada penyakit encephalitis, sejenis penyakit keradangan dalam otak yang disebabkan virus.
![29573132 180324665926894 5711304060722361076 n](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/04/29573132_180324665926894_5711304060722361076_n.jpg)
![972107 180324762593551 7849608137554600975 n](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/04/972107_180324762593551_7849608137554600975_n.jpg)
![29572590 180324702593557 6446881295778165891 n](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/04/29572590_180324702593557_6446881295778165891_n.jpg)
Siapa sangka benda yang kita selalu pandang remeh macam sakit kepala boleh membawa kepada perkara yang lebih bahaya. Ini kerana sakit yang kita rasa sikit tu mungkin petanda kepada penyakit yang lebih teruk dan boleh menyebabkan kematian.
So korang kalau rasa pening kepala tu, jangan makan panadol je tau, better pergi jumpa doktor cepat-cepat okay!
Baca: Akibat Nyanyi Lagu Nada Tinggi di Karaoke, Wanita Tiba-tiba Sakit Kepala dan Meninggal Dunia