in

“Ingatkan nak mencuri” – Aksi Jiran Panjat Pagar Lalu Alihkan Ampaian Terima Pujian Ramai

Cats 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kata orang, jiran yang baik adalah satu bentuk rezeki. Memiliki jiran yang baik akan membuatkan hidup kita menjadi lebih tenang dan aman, selain daripada berasa selamat apabila berada di rumah.

Terbaharu, seorang individu ada berkongsikan sebuah video di TikTok yang menunjukkan aksi jirannya memanjat pagar rumah mereka tanpa meminta izin.


Menerusi video tersebut, seorang lelaki dipercayai jiran individu ini memanjat pagar lalu masuk ke rumah mereka. Aksi meragukan lelaki ini ternyata menyentuh hati ramai apabila dia sebenarnya hanya mahu mengalihkan ampaian baju daripada terkena hujan.

1 2 3

2 8

Usai mengalihkan ampaian ke tempat yang redup, lelaki ini memanjat semula pagar untuk kembali ke rumahnya. Rakaman berdurasi salama 38 saat ini dirakam menerusi kamera litar tertutup rumah individu terbabit.

Video menyentuh hati ini ternyata tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai warganet. Hasil pemerhatian di media sosial mendapati rata-rata warganet memuji tindakan lelaki tersebut yang bersikap prihatin terhadap jirannya.

@littlemonster316

grateful 🙏 🥲

♬ เสียงต้นฉบับ – Little Monster – Little Monster

Sebilangan besar warganet menyangka lelaki tersebut mahu mencuri sesuatu memandangkan aksi memanjat pagar itu kelihatan mencurigakan. Namun, mereka mengakui kesilapan itu dan memuji tindakan baik lelaki tersebut.

“Sampai ke sudah aku tengok ingatkan dia nak curi ke apa. Rupanya nak alihkan kain sebab hujan. Untung dpt jiran prihatin macam ni”, tulis seorang warganet.

Ada juga warganet yang berkongsikan pengalaman mereka berhadapan dengan jiran yang tidak mempunyai sikap prihatin terhadap jiran-jiran yang lain.

“Jiran sebelah aku hari2 si mak gaduh dgn anak dia. Jenis berperang mulut sampai terjerit2 pukul 1 pagi. Pastu pukul 7 pagi dia bukak set karaoke”, tulis seorang warganet.

“Jiran saya suka parking kt rumah orang. Pantang nampak orang takde di rumah, semua angkut sedara mara park depan rumah, depan jalan rumah. Nasib tak msuk dalam je. Bila tegur, buat muka”, kongsi seorang individu mengenai jirannya.

Sikap prihatin lelaki dalam video tersebut harus dicontohi oleh orang ramai yang hidup berjiran. Berbuat baik kepada jiran, dan jiran akan berbuat baik kepada kita.

BACA: Tak Puas Hati Parking Kena Curi, Lelaki Lumur Najis Kucing Pada Kereta Baru Jiran

Capture 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.