Semalam, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan persidangan maya dengan pengasas dan CEO SpaceX, Elon Musk untuk membincangkan tentang pelaburan kereta elektrik Tesla di Malaysia.
Namun, apa yang menjadi perhatian netizen ialah objek putih seperti skrin yang berada di hadapan Perdana Menteri ketika pertemuan maya tersebut.
Anyone know what is that huge white screen device in front of Anwar? pic.twitter.com/6EgvvwWv0u
— Ooi Beng Cheang (@luxentX) July 14, 2023
Pada mulanya, ramai warganet yang menyangkakan bahawa objek putih tersebut mungkin merupakan lighting tambahan jika berlaku masalah pencahayaan ketika persidangan secara maya tersebut.
Namun, menurut salah seorang netizen, objek itu bukanlah lighting device, sebaliknya ia merupakan Starlink antenna, iaitu alat jalur lebar internet dari Starlink iaitu anak syarikat yang diasaskan oleh Elon Musk.
Ini kerana ketika pertemuan maya tersebut, Perdana Menteri dan Elon Musk turut berbincang tentang penyertaan syarikat SpaceX dalam perkhidmatan satelit Starlink yang dapat menyumbang kepada capaian internet yang lebih laju di semua tempat di negara ini
Namun, difahamkan, Starlink antenna itu tidak berfungsi di dalam bangunan, sebaliknya ia perlu dipasang di luar bangunan seperti pada bumbung, tiang atau dinding untuk mengelakkan gangguan sambungan.
Tapi, mungkin antenna itu diletakkan di depan PM sebagai prop atau product placement ketika perbincangan antara beliau dengan Elon Musk.
Dalam masa yang sama, memang ramai juga netizen yang berharap agar Starlink antenna itu dibawa masuk ke Malaysia agar capaian internet terutamanya di kawasan pedalaman akan jadi lebih laju dan stabil.
Sumber: Twitter @fazlihalimmedia
Baca: Elon Musk Berminat Tambah Pelaburan Di Malaysia, Bakal Jumpa PM Minggu Depan