Siapa je yang nak lihat insan tersayang jatuh sakit, kan? Kalau boleh, semua benda nak dibuat demi memastikan mereka kembali sihat seperti dulu.
Itulah apa yang cuba dilakukan seorang wanita ini apabila dia dan ahli keluarga lain berganding bahu dalam berikhtiar membantu bapanya sembuh daripada strok dengan cara menanam kaki bapanya itu dalam pasir pantai.
Wanita yang dikenali sebagai Suliana Ismail ada memuat naik satu video pendek di laman sosial TikTok yang menunjukkan dia dan beberapa ahli keluarga lain menanam kaki bapanya yang diserang strok di pantai sebagai salah satu ikhtiar membantunya kembali sembuh.
Korang boleh tengok video tu kat bawah ni:
@noname._899
Memang betul-betul berkesan atau kepercayaan semata-mata?
Mungkin ramai yang menyangka cara ini sekadar hoax kerana lain daripada cara perubatan moden, ternyata ramai netizen lain yang turut pernah melakukan perkara sama untuk ahli keluarga mereka yang diserang strok.
Difahamkan, rata-ratanya berkata, kaedah ini sedikit sebanyak memang membantu selain rawatan fisioterapi.
Menerusi ruangan komen TikTok dan juga di Twitter, ramai netizen yang tampil menceritakan pengalaman mereka sendiri.
Ayah tak strok. Tapi xboleh jalan sbb bedridden lama. kaki darah X jalan lama. Selain pegi fisio, setiap minggu ibu bawak pi tanam kaki dekat pasir Pantai depan rumah. More like terapi je la. Skrg ayah dah boleh jalan, Naik motor, potong rumput luar rumah hahahahahahajajajajajaj
— N E Y R A (@neyrashazeyra) November 10, 2022
Ayah boyfriend saya pun pernah lumpuh sampai tak boleh jalan. Lama sampai habis harta keluarga dia buat pergi berubat ayah dia. Salah satu cara diorang guna pun tanamkan ayah lam pasir pantai sampai tinggal kepala je jugak. Sekarang alhamdulillah dah boleh jalan bawak motor semua
— ┊͙ ˘͈ᵕ˘͈ mrs. r i n i (@54R411) November 10, 2022
Pun begitu, cara penanaman kaki di pasir pantai ini bukanlah penyembuh penyakit strok tetapi hanya ikhtiar yang turut disertakan beberapa rawatan yang dicadangkan pakar perubatan bertauliah.
Setakat artikel ini ditulis, video pendek terbabit sudah meraih lebih dua juta tontonan di TikTok.
Sumber: Twitter @jllmisai, TikTok @sueee_89
Baca: Warga Emas Dibuang Di Hutan Gara-gara Suami Enggan Jaga Lepas Diserang Strok