in

“Ingatkan akan mati” – Penumpang Kongsi Video Detik Cemas Ketika Pesawat JAL Bertembung & Terbakar

pesawat jal terbakar

Bukan permulaan tahun yang baik buat Jepun apabila sebuah lagi tragedi tidak diduga melanda negara Matahari Terbit itu.

Ketika negara berduka dengan tragedi gempa bumi yang melanda wilayah Ishikawa di pulau tengah utama Honshu, sekali lagi digemparkan dengan insiden pesawat terbakar di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo semalam.

Menurut laporan, kebakaran pesawat Japan Airlines (JAL) berlaku selepas berlanggar dengan sebuah pesawat pengawal pantai yang menyebabkan lima daripada enam krew pesawat pengawal pantai itu terkorban.

Artikel berkaitan: “Paling Kuat Selama Lebih 4 Dekad” – Ini Apa Korang Perlu Tahu Tentang Gempa Bumi Yang Berlaku Di Jepun Sekarang

Manakala kesemua 379 penumpang dan anak kapal pesawat JAL berjaya menyelamatkan diri sebelum pesawat mula meletus terbakar.

“Ingatkan saya akan mati”

Dalam pada itu, tular rakaman oleh penumpang pesawat JAL merakamkan detik cemas selepas berlakunya perlanggaran dari dalam pesawat terbabit.

Rakaman dari dalam pesawat itu menunjukkan bagaimana kepulan asap dan cahaya api yang menyala dapat dilihat daripada tingkap pesawat tempat duduk penumpang.

Dalam video rakaman itu menunjukkan keadaan penumpang dalam pesawat yang cemas mula bergerak untuk menyelamatkan diri.

Kapsyen yang ditulis pada hantaran tersebut juga menggambarkan perasaannya apabila dia menyangkakan dia akan mati dalam insiden terbabit.

Sementara itu, Jabatan Bomba Tokyo berkata, seramai 14 penumpang mengalami kecederaan ringan termasuk melecur di tekak, dan empat dibawa ke hospital.

Seorang bekas juruterbang komersial, Rodger Whitfiel menyatakan ia satu keajaiban apabila melihat anak kapal berjaya mengawal keadaan untuk mengeluarkan semua penumpang dari pesawat itu sebelum terbakar.

Sumber: X, Harian Metro