Sebagai pengguna jalanraya, kita semestinya mahukan perjalanan yang selamat dari mula keluar sehingga sampai ke destinasi yang dituju. Sebarang kemalangan dan kecelakaan pastinya kita mahu elak, lebih-lebih lagi ketika melalui jalan sempit yang turut digunakan kenderaan berat.
Rupanya ada isyarat yang sering digunakan ‘pilot darat’ khusus kepada pengguna lain untuk memotong kenderaan berat dengan selamat ketika melalui jalan yang sempit atau berbukit. Isyarat yang diberikan biasanya menggunakan lampu signal untuk berkomunikasi dengan pemandu lain di belakang. Korang boleh tengok video @jllmisai di bawah untuk mengetahui tips untuk memotong kenderaan berat dengan selamat.
Isyarat dari kenderaan besar di hadapan yang wajib kita ambil tahu..
Pemandu dari pantai timur rasanya dah biasa dengan isyarat ni, terutama yang lalu di laluan Bentong dan Gerik. pic.twitter.com/C51XgfZ7r6
— Jalal Misai (@jllmisai) January 14, 2023
Baru tahu
Rata-rata netizen termasuk min sendiri baru tahu isyarat yang pemandu lori guna untuk keselamatan pemandu lain. Mungkin lepas ni kalau nampak lori bagi signal dekat jalan sempit boleh praktikkan ilmu baru ni.
Kalau kita tak tahu, mesti kita pun pelik kenapa lori kejap bagi signal kiri dan kanan. Lepas dah tengok video ni, kalau berdepan dengan lori yang bagi signal boleh lah potong dengan selamat.
Sebenarnya pemandu lori pun nak kita memotong dengan selamat. Tak rugi pun kalau ada abang lori bantu kita kan. Jadilah pengguna jalan raya yang berhemah.
Kalau sebelum ni kita tak tahu, tak apa lah. Jangan marah abang lori, mereka cuma nak pemandu lain selamat je. Minta maaf ye abang lori semua, kami baru tahu info berguna ni.
Baca: “Nasib baik takde orang kat seat sebelah”- Cermin Kereta Tertusuk Besi Yang Melayang Dari Lori Depan