in

Influencer Pinjam Kereta Ferrari Untuk Buat Content, Tak Sampai Seminit Kereta Dah Terbabas

ft influencer pinjam kereta sampai rosak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Antara perkara yang menjadi tumpuan netizen di media sosial adalah dengan melihat kekayaan, barangan berjenama dan gaya hidup mewah yang ditayangkan oleh pempengaruh.

Misalnya pakaian, elektronik, tempat tinggal dan kenderaan mewah mereka, itu sebablah ada yang sampai suka tayang duit, dan pinjam barang untuk menampakkan diri sentiasa memukau dimata pengikut seperti mana yang dilakukan oleh influencer dari China yang bernama Hua Zi ini.


Hua Zi menyewa sebuah kereta Ferrari untuk kandungan videonya. Dikatakan kereta yang dipinjamnya itu bernilai sekitar RM650k hingga RM1 juta dan model itu bukan calang-calang, ia adalah kereta sport hibrid (LaFerrari) keluaran terhad.

 

Sewa kereta demi content mengundang padah

Selepas Hua Zi meminjam kereta itu, kelihatan seorang gadis duduk di sebelahnya. Malangnya, baru nak mulakan perjalanan dengan gadis itu, mereka berhenti kerana ketika dia nak selekoh, dia terlanggar pembahagi jalan malah ada bunyi yang kuat akibat hentakan itu.

Akibat rempuhan kecil kereta itu, ramai orang mula memenuhi kawasan tersebut dan ada yang membuat anggapan bahawa dia melakukan ini untuk menarik perhatian gadis itu.

Screenshot 2022 11 01 141456

Apabila menilai keadaan, ternyata sebahagian daripada ‘badan’ kereta mewah itu telah kopak dan rim serta salah satu tayar turut tercalar.

Disebabkan itu, Hua Zi tidak mempunyai pilihan selain menghubungi pemilik asal dan memberitahunya tentang perkara ini.

Apabila pemiliknya tiba, jelas bahawa Hua Zi sebenarnya sedang merakam video untuk kandungan dan pemilik kereta itu ialah bosnya sendiri. Menurut sumber, gadis yang duduk di sebelahnya itu adalah ‘talent’ berbayar untuk kandungannya.

Screenshot 2022 11 01 141520

Gadis tersebut dijanjikan $5,000RMB (RM3,200) untuk video tersebut, biarpun perkara ini terjadi, Hua Zi menyatakan bahawa talent itu masih akan menerima pembayaran walaupun video itu gagal ditayangkan.

 

Susut nilai kereta turun RM150K dalam satu malam

Akibat kerosakan itu, nilai kereta yang dianggarkan dalam sejuta ringgit itu telah susut nilanya sebanyak lebih RM150k dalam satu malam.

Screenshot 2022 11 01 141508

Kemalangan itu mungkin kelihatan kecil tetapi selepas menilai keadaan kereta, jumlah bayaran penyelenggaraan mencecah $30,000RMB (RM20,000).

Walaubagaimanapun, mujurlah pemilik kereta itu boleh membuat pertimbangan keapda Hua Zi dimana dia hanya perlu bayar kos baiki.

Baca : Influencer 30 Tahun Ke Atas Diminta Jauhi TikTok, Dianggap Terlalu Tua

3tt

Sumber: WOB
Sumber: WOB
Sumber: WOB

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.