in

Influencer Dakwa Didera Bekas Suami, Siap Suruh Jual Maruah Diri Dekat IG RM1k Sejam

ex husband suruh jual diri

Keganasan dalam rumah tangga ialah sesuatu yang amat ditakuti oleh mereka yang sudah berkahwin.

Terbaru, sebuah perkongsian video daripada aktivis kemanusiaan Caprice, menceritakan seorang influencer yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Difahamkan, dia didera oleh bekas suaminya itu selama 3 tahun.

Lebih menyedihkan, video tersebut memaparkan perbualan telefon wanita tersebut dengan bekas suaminya yang memintanya wang apabila wanita berkenaan memberitahu dia tidak mempunyai duit, lelaki berkenaan menyuruhnya menjual diri di Instagram dan berikan ‘hasil’ kepadanya.

https://www.instagram.com/p/Coq-oKzpMwm/

Menerusi Instagram influencer yang dikenali sebagai Sofea Adilla itu, dia ada berkongsi ketika masih bersama dengan suaminya itu, dia terpaksa bersalin berseorangan kerana suaminya itu tiada di sisi.

Malah, selepas kedua-dua mereka bercerai, wanita berkenaan cuba untuk mengadu kepada bekas ibu mertuanya namun tidak dilayan. Lebih menyedihkan, duit serta telefon bimbitnya diambil dan segala isi kandungan telefon itu disebarkan.

https://www.instagram.com/p/CorF6dmyADp/

Dalam posting yang seterusnya, Sofea memuat naik beberapa bukti serta gambar bekas suaminya itu dan memberitahu dia mahukan permohonan maaf daripada individu tersebut kerana telah memburukkan dirinya serta keluarganya.

Difahamkan, pihak Caprice akan membantu dalam kes ini dan akan menyediakan seorang peguam bagi membantu influencer tersebut.

Harap perkara ini diselesaikan serta-merta…

Baca: “Moga Allah melaknat kamu lelaki dayus” –  Dera Isteri Sampai Lumpuh, Suspek Kini Didakwa Bebas

Ft Isteri Lumpuh Koma