in

Influencer China Ditahan Polis, Kantoi Buat ‘Content’ Kononnya Miskin & Ada Masalah Mental Demi Kaut Untung!

Ft Influencer Menipu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pempengaruh China yang telah meraih lebih satu juta pengikut memalsukan kisahnya dengan mendakwa dia dibesarkan oleh ibu angkat yang menghidap penyakit mental yang teruk telah ditahan oleh pihak polis.

Wanita itu yang dikenali sebagai Xiao, menggunakan akaunnya di Kuaishou (platform seperti TikTok di China) memberitahu penontonnya bahawa dia berumur 18 tahun dan tinggal di sebuah kampung di Liaoning di timur laut China.


Artikel berkaitan : Influencer Dikecam Teruk Buat Content Sedekah, Rupanya ‘Off Camera’ Minta Balik Duit & Beri ‘Ciput’ Je

Artikel berkaitan : “Hanya mampu tengok sahaja” – Pempengaruh Rugi Puluhan Ribu, Rumah Terbakar Akibat Power Bank Meletup

Dia berkata ibu bapa kandungnya telah ‘buang’ dirinya semasa kecil, dan ibu angkatnya ternampak di tepi jalan dan membesarkannya, Xiao berkata bahawa anak kandung ibu angkatnya itu telah meninggal dunia dalam kebakaran beberapa tahun sebelumnya.

Xiao berkata, kebakaran itu menyebabkan ibu angkatnya trauma teruk, lebih dahsyat lagi apabila bapa angkatnya pula meninggalkan dua wanita itu kerana masalah kesihatan mental.

Katanya, dia tinggal bersama ibu angkat dan neneknya sehingga awal tahun ini apabila nenek itu meninggal dunia. Kisah pilunya itu telah mengundang rasa sebak netizen dan ia membuatkan Xiao meraih 1.13 juta pengikut di Kuaishou dalam sekelip mata.

Screenshot 2024 09 27 104145

“Sekarang, saya sedang struggle untuk terus hidup sambil cuba menyara ibu angkat saya,” kata Xiao dalam klip video yang menunjukkan ibu itu memegang ayam jantan dalam pelukannya dan merungut sendirian di latar belakang semasa siaran langsung.

Memandangkan kisahnya itu tular, ia juga sampai ke pengetahuan pihak polis dan mereka segera melakukan siasatan sebelum Xiao dan ibu angkatnya itu direman selama 10 hari atas tuduhan mereka-reka cerita untuk keuntungan dan “mengganggu ketenteraman awam”.

Screenshot 2024 09 27 104235

Selain ibu angkatnya, dua ahli pasukan Xiao turut ditahan. Hasil siasatan polis mendapati bahawa ibu angkat Xiao sebenarnya adalah ibu kandungnya, dan dia berpura-pura mengalami gejala kesihatan mental.

Disebabkan itu, kedua-dua ibu dan anak ini telah dikecam teruk kerana ramai yang marah dan kecewa dengan sikap mereka ini. Menurut sumber, kisah-kisah pempengaruh China yang memalsukan pengalaman hidup tragis mereka untuk trafik dalam talian dan meningkatkan pendapatan penstriman langsung sering menjadi tajuk utama di negara itu.

Screenshot 2024 09 27 104211

Mac lepas, seramai 8 orang di belakang dua akaun media sosial popular dijatuhi hukuman penjara selama antara 9 dan 14 bulan kerana membuat iklan palsu ketika menjual barangan dalam talian. Mereka dikatakan raih untung kira-kira 10 juta yuan (anggaran RM5.8 juta).

Kedua-dua protagonis itu berpura-pura menjadi petani miskin di pergunungan terpencil di wilayah Sichuan.

Hurm, min rasa kalau dikaji betul-betul kat Malaysia ni mesti ramai.

Sumber : South China Morning Post, Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.