Baru-baru ini, influencer masakan terkenal di Malaysia melancarkan produknya sendiri. Nama yang tidak asing lagi dalam kalangan netizen di Malaysia, Khairulaming telah berjaya menarik ramai orang untuk membeli produk sambal yang dinamakan Sambal Nyet itu.
Punyalah hebat influence Khairulaming ni, 10,000 botol Sambal Nyet tu habis hanya dalam 54 minit pada hari pertama dilancarkan di Shopee! Takyah ceritalah, memang ramai sangat yang kecewa sebab terlepas dan tak dapat nak jadi antara yang pertama rasa sambal Khairulaming ini.
Tapi, tuan empunya badan sendiri pun tak sangka yang secepat itu sambal dia akan ‘licin’.
https://www.instagram.com/p/CJf6vRxrjF9/
https://www.instagram.com/p/CJsSFXxAIgs/?utm_source=ig_embed
Siap reveal kelemahan!
Memang netizen puji betul cara Khairulaming buat marketing dan setiap perancangan yang dia dah susun cantik sempena pelancaran produk tu. Tapi, lagi buat netizen terkejut dan puji apabila Khairulaming turut dedahkan satu per satu kelemahan sistem dia selepas kali pertama ‘open order’.
Melalui Twitter, bekas pekerja syarikat oil and gas terkenal itu telah senaraikan setiap satu kelemahan yang dapat dikenal pasti oleh dia dan team selepas 9 hari bersengkang mata untuk settle kesemua 10,000 pertama dipos kepada pelanggan.
after battling for 9 days, finally kesemua 10,000 botol @sambalnyet telah di pos kepada customers semalam. Berdasarkan pengalaman minggu ni, ada beberapa kelemahan yang aku jumpa, and ini post mortem dari batch yang pertama: pic.twitter.com/YBMvXrfQM4
— Khairulaming (@khairulaming) January 16, 2021
- Stock up terlalu banyak – menyebabkan produk sold out sekali gus & proses dah bungkus parcel jammed
- Proses jadi slow pada hari pertama hingga ke-3 sebab team tak familiar dengan sistem Shopee
- Proses membalut botol lama sbb kena buat dengan rapi
- Proses masak secara manual tapi perlu automatic mesin dalam proses bottling, labelling dan sebagainya untuk jimat masa
- Warehouse capacity kecil, tak boleh simpan stok terlalu banyak
- Ramai buat reselling lepas beli banyak-banyak di Shopee
Update Day 3 : 2,500 botol dah keluar hari ni. Ada dalam 4,000 lagi utk process. Mintak maaf sgt2 kat customers yg dapat lebih lambat dari orang lain sbb kami process ikut order list yg masuk kat shopee. Esok akan up lagi manpower utk kejar masa 🙏🏻 pic.twitter.com/wAn0tp9ywE
— Khairulaming (@khairulaming) January 8, 2021
Ini adalah summary kelemahan yang disenaraikan Khairulaming melalui thread di Twitter. Tapi worry not, bukan setakat kenal pasti kelemahan tapi dia juga dah cari penyelesaian siap-siap untuk pengalaman pertama ni.
Daripada semua experince ni, I have come out with a new system untuk memudahkan proses restocking and parcel movement.”
Sambal akan di restock SETIAP HARI (kecuali Sabtu) pada pukul 10am. Quality sebanyak 800-1,000 botol sehari. Same day postage.”
Dengan cara ini, semua customers akan dapat sambal dengan laju, warehouse tak perlu simpan stock banyak and customers ada flexibility beli bila-bila diorang free.”
https://www.instagram.com/p/CJf9sQ_slOQ/
Tapi, dengar cerita kali kedua open order dekat Shopee tu sambal sold out dalam masa seminit lebih je. Tudia penangan Khairulaming ni, memang power! Kepada korang yang belum berjaya untuk dapatkan sambal, harap bertabah dan cuba lagi. Jangan putus asa!
Ramai netizen memuji Khairulaming kerana bersifat terbuka dan dedahkan sendiri kelemahan sistem walaupun baru kali pertama dalam dunia bisnes ni. Seorang netizen di Facebook berkata,
Kita bila dah dapat sale beribu, tunjuk kemewahan, tunjuk parcel, saya hebat, awak tak hebat. Yang ni tunjuk kelemahan sistem dan countermeasure untuk masalah tersebut. Mantap.”