in

Indonesia Tuduh Malaysia Mahu ‘Claim’ Budaya Reog Ponorogo Sebagai Warisan Negara?

cats 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, Indonesia menuduh Malaysia mahu mencuri budaya mereka selepas kerajaan Indonesia mendakwa Malaysia mahu mengiktiraf tarian tradisional ‘Reog Ponorogo’ sebagai warisan negara.

Hal ini diucapkan sendiri oleh Menteri Penyelaras Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan, Muhadjir Effendy baru-baru ini.


“Saya dimaklumkan, Malaysia juga mahu iktiraf Reog sebagai warisan budayanya”

“Sehubungan itu, kita perlu lebih pantas kerana sudah terang-terangan Reog itu budaya dan warisan Indonesia”, jelasnya kepada sumber.

4289672120

Muhadijir juga meminta supaya pihak berkuasa daerah Ponorogo untuk mengusulkan segera tarian tradisional itu kepada UNESCO dan menyiapkan segala data yang diperlukan.

Untuk rekod, Seni Reog Ponorogo adalah calon tunggal Warisan Budaya Tak Ketara (ICH) yang akan diusulkan oleh Indonesia kepada UNESCO.

Festival Reog Ponorogo Jawa timur

Dakwaan Indonesia bahawa Malaysia mahu ‘mencuri’ budaya ini ternyata kurang disenangi oleh pengguna media sosial Indonesia. Difahamkan, tanda pagar #ReogFromIndonesia telah digunakan sebagai tanda protes kepada Malaysia.

“Malulah ambil budaya orang”, tulis seorang pengguna media sosial Indonesia.

Kredit: Utusan

BACA: Bakal Jadi Bahasa Rasmi Di ASEAN, Malaysia & Indonesia Setuju Perkuat Bahasa Melayu

cover 3

Sumber: Ayo Samarang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.