in

Individu Mohon Bantuan Orang Ramai, Tolong Kucing Jalanan P*tus Satu Kaki Di Mersing

ft kucing tangan putus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah video di media sosial mengundang rasa sebak orang ramai apabila kelihatan keadaan seekor kucing jalanan yang putus salah satu kakinya di Mersing, Johor.

Menerusi akaun TikTok, seorang individu telah meminta bantuan orang ramai yang tinggal atau berada di kawasan tersebut untuk melihat keadaan kucing itu agar ia dapat dirawat.


Artikel berkaitan : “Penyakit ini sebenarnya boleh dirawat” – Ceddy Terkilan Pempengaruh ‘Tidurkan’ Kucing Sakit

Artikel berkaitan : Warga Nepal Disyaki Liw*t Kucing Sebelum Campak Dari Tingkat 4 Ditahan Polis

Menurut pemilik video, dilihat kecederaan yang dialami oleh kucing tersebut seperti masih baru. Namun begitu, dia tidak dapat menolong kucing tersebut kerana secara ternampak ia secara kebetulan dan melalui kawasan tersebut ketika pulang ke kampung.

@nurdyna96

Hrp aada Org mersing tlg 😭 kte xdpt nk tlg,kebutulan lalu je blk kg😢

♬ original sound – its.yayaahmad – 𝑲𝒂𝒌𝒅𝒆𝒆 ᥫ᭡

“Sakit sangat tu. Harap ada orang Mersing tolong. Betul-betul tepi pantai. Minta maaf semua, saya tak dapat bantu ambil dia. Saya lalu kebetulan ternampak dan bukan duduk sini, tapi balik kampung.”

“Tapi saya sempat tolong bagi makan dan ambil video untuk tularkan. Tolong doakan kita dapat jumpa hamba Allah yang baik, dapat bantu dia.”

Menjengah ke ruangan komen, ada yang bersedia untuk menghulurkan bantuan bagi tujuan merawat kucing berkenaan.

“Okey, saya gerak sekarang. Apa-apa saya ‘update’. Doakan saya,”

“Tolonglah ‘update’. Kita sama-sama kumpul duit untuk tolong dia,”

“Saya tunggu ‘update’. Nanti kita bantu ya,” pesan netizen yang lain.

Sumber : Sinar Harian, TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.