Baru-baru ini, tular kontroversi berkaitan penjualan tiket konsert artis popular dari Korea Selatan iaitu G-Dragon apabila ramai peminat tempatan tidak berjaya membeli tiket untuk konsert G-Dragon yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada Julai nanti kerana masalah teknikal dan ia banyak dibeli oleh ulat tiket atau scalper dan juga individu dari negara luar.
Lain pula kisahnya dengan seorang individu ini apabila dia berkongsikan kisah lucunya apabila dia tersalah beli tiket konsert Kenny G sedangkan dia sebenarnya mahu membeli tiket konsert G-Dragon.
Menurut World of Buzz, individu tersebut telah berkongsikan kisah tersalah beli tiket itu menerusi platform media sosial XiaoHongShu baru-baru ini.
Artikel berkaitan : “Nasib baik ada abang bomba” – Orang Ramai Puji Tindakan Pantas Bomba Padam Kebakaran Kecil Di Belakang Pentas Ketika Konsert Siti Nurhaliza
Artikel berkaitan : ”View baek tu” – Pekerja Tapak Pembinaan Tengok Konsert Siti Nurhaliza Percuma Buat Orang Ramai Cemburu
Ketika membeli tiket konsert, individu itu menceritakan bahawa dia menyangka dia telah berjaya mendapatkan tiket konsert G-Dragon namun rupanya tersalah beli tiket konsert Kenny G iaitu seorang komposer dan pemain alat muzik saksofon dari Amerika Syarikat.
Difahamkan, tiket konsert Kenny G dan G-Dragon di Malaysia ini dijual oleh penganjur yang sama iaitu Star Planet dan kedua-dua konsert juga akan berlangsung pada bulan yang sama iaitu pada Julai nanti.
Menurut individu itu, dia pada mulanya menyangka dia sangat bernasib baik kerana berjaya mendapatkan tiket G-Dragon selepas berjaya membayar untuk dua keping tiket konsert tersebut.
Namun, apabila dia menerima emel pengesahan setelah membuat pembayaran, barulah dia perasan bahawa dia sebenarnya membeli tiket konsert Kenny G.
Meskipun begitu, individu mengatakan dia tidak akan menjual tiket konsert Kenny G itu dan tetap akan menonton konsert berkenaan bersama suaminya kerana suaminya meminati pemuzik berkenaan.
Sumber: World of Buzz