in

Individu Dijangkiti COVID-19 ‘Kebal’ Jangkitan Semula Untuk Tempoh 6 Bulan

Untitled Collage 78

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Antibodi individu yang telah dijangkiti COVID-19 dipercayai berupaya untuk melindungi mereka daripada mendapat jangkitan semula sekurang-kurangnya untuk tempoh selama enam bulan.

Memetik laporan BBC, data tersebut diperoleh menerusi satu kajian berskala besar yang dijalankan sekumpulan penyelidik melibatkan lebih 12,000 petugas kesihatan di Hospital Universiti Oxford selama 30 minggu.


Kajian itu mendapati tiada seorang pun daripada 1,246 petugas dengan antibodi COVID-19 yang mengalami sebarang jangkitan simptomatik.

Manakala sebaliknya, dalam kalangan petugas yang tidak mempunyai antibodi pada permulaan kajian pula — 89 peratus daripadanya menunjukkan simptom jangkitan yang disahkan menerusi ujian swab.

Tubuh badan pesakit menghasilkan antibodi sepanjang jangkitan berlaku, dan ia berfungsi menghalang virus tersebut daripada memasuki sel-sel badan dan menyerang keseluruhan sistem imunisasi pesakit.

Dalam kajian tersebut, mereka mendapati bahawa lebih banyak antibodi yang dihasilkan pesakit maka risiko atau potensi untuk pesakit mendapat jangkitan semula adalah lebih rendah.

Selain itu dalam kajian berasingan, kumpulan pakar itu turut mendapati imuniti sedia ada terhadap jangkitan coronavirus jenis lain turut membantu melindungi daripada jangkitan COVID-19.

Kajian itu disifatkan sebagai satu penemuan baik dan memberi sedikit ‘kelegaan’ kepada lebih jutaan pesakit di seluruh dunia yang telah dijangkiti virus tersebut, sekurang-kurangnya untuk jangka masa pendek bahawa mereka tidak akan dijangkiti COVID-19 kembali.

 

Baca: “Akan dapat vaksin yang mencukupi” – Malaysia Di Tahap ‘Final Stage’ Buat Rundingan Dengan Pengilang Vaksin Covid-19

Capture 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.