Semenjak satu dunia dilanda pandemik Covid-19, banyak mass gathering terpaksa dibatalkan termasuklah upacara keagamaan. Hal ini walaubagaimanapun disambut baik oleh majoriti besar penganut pelbagai agama diseluruh dunia yang tidak mahukan virus tersebut menular.
Umat Islam yang sering menunaikan ibadat solat berjemaah sangat terkesan dengan keadaan ini. Mana tidaknya, azan pun dah lama tak dengar, nak pegi masjid pun tak boleh.
Untuk kroang yang dah lama tak dengar azan tu, korang boleh tengok video yang admin share kat bawah ni. Azan kali ni tetap sama macam biasa, tapi ianya dilaungkan di London. Tengoklah video oleh @kazimsrahman, orang yang azan tu sendiri kat bawah ni.
For the first time in History. I performed the Azan tonight for Iftar at the Canary Wharf London. What a magnificence feeling 😭 pic.twitter.com/9B6gu5lwhN
— Kazi Shafiqur Rahman (@kazimsrahman) May 21, 2020
Indahnya
Serius admin tersentuh dengar laungan azan ni. Iyelah kan dah lama tak dengar azan, nak pegi masjid pun tak boleh. Dapat pulak dengar azan dari London, memang tersentuh lah.
Terima kasih kepada pelaung azan tu. Tersentuh semua orang. Semoga kita semua dapat ganjaran sepanjang bulan ramadhan ni dan sama-sama ke syurga.
Bukan kita yang Muslim je suka dengar azan. Rupa orang yang non-muslim pun tersentuh dan suka dengan azan ni.
Segala puji bagi Allah dan ucapan terima kasih kepada pelaung azan yang berjaya menyentuh hati pendengar dengan bait-bait yang sangat indah.
Baca: “Masyaallah” – [VIDEO] Orang London Terkesima Dengar Azan, Ramai Berhenti Depan Masjid Rakam Video