in

Ina Naim Bakal Bernikah Dengan ‘Mohd K’? Isman Hijjaz Luah Rasa Lega

Ina Naim Bakal Bernikah November Depan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak minggu lalu, hangat diperkatakan mengenai gosip balu kepada penyanyi Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim, 40, didakwa bakal bernikah untuk kali kedua dalam masa terdekat.

Khabar angin itu menyatakan kad jemputan hari bahagia Ina Naim didakwa sudah diedarkan di kampungnya dekat Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor.


Lebih mengejutkan, nama anggota Hijjaz iaitu Isman Nadim Isam disebut-sebut sebagai calon suami baharu Ina. Walau bagaimanapun, kedua-dua empunya badan telah menafikan dakwaan terbabit.

Screenshot 2024 10 24 204815

Artikel berkaitan: Ina Naim Sedia Jadi Isteri Semula, Perjelas Ciri-ciri Lelaki Yang Sesuai Jadi Suami

Artikel berkaitan: Tular Berita Konon Ina Naim Akan Berkahwin, Isman Hijjaz Nafi Jadi Calon Suami

Ina Naim bakal bernikah dengan lelaki pilihan hati

Terbaharu, media melaporkan Ina didakwa bakal bernikah dengan lelaki pilihan hatinya yang dikenali sebagai Mohd K pada 8 November depan.

Sementara itu, Isman yang sudah melihat kad undangan perkahwinan Ina berkata, dia lega kerana memang bukan dirinya dan langsung tiada kena-mengena dengan perancangan perkahwinan terbabit.

“Alhamdulillah, melihat pada kad undangan yang tersebar ini, nama lelaki terbabit sudah jelas bukan saya. Syukur, semua teka-teki nama calon suami Ina adalah Mohd K, bukan Isman.

“Sebenarnya, apabila nama saya disebut-sebut, saya ada hubungi Ina dan bertanya kepadanya. Memang dia mengaku dengan saya akan berkahwin pada awal November depan, tapi tarikhnya tidak dimaklumkan.

“Ina juga beritahu saya, calon suaminya pada kalangan orang biasa sahaja, bukan artis. Itu sahaja yang saya diberitahu oleh Ina mengenainya,” katanya.

309594468 10227378519678101 3658393075179430335 N

Dalam pada itu, Isman berkata, sekiranya memang betul Ina akan berkahwin tidak lama lagi, dia mendoakan wanita itu serta anak-anak arwah sahabatnya akan menjalani kehidupan gembira dan bahagia di dunia dan akhirat.

Ina atau nama sebenarnya, Nordiana Md Naim berkahwin dengan Suhaimi atau Mohd Suhaimi Saad, pada 12 Ogos 2007. Namun, Suhaimi meninggal dunia pada 15 November tahun lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Hasil perkongsian hidup selama 16 tahun, Ina dan Suhaimi dikurniakan empat cahaya mata.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.