Mungkin dah penat hari-hari sebut benda yang sama sampai jadi kelu lidah dah agaknya dekat Menteri (Kanan) Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ni.
Melihat beliau tersasul nak sebut PKPB ini buatkan ramai orang teringat dengan satu video yang pernah viral dulu.
In the beninging versi Menteri Pertahanan
Umumnya, Datuk Seri Ismail Sabri akan membuat sidang media harian berkenaan dengan PKPB, segala perkembangan terkini terhadap kes-kes yang melanggar arahan, kelonggaran baru juga akan diketahui menerusi sidang ini.
Tapi apa yang menarik perhatian netizen semalam, Datuk Seri Ismail Sabri ada tersasul sebut PKPB sehinggakan beliau sendiri tergelak kecil dan warganet mengingatkan ia kepada video in the beningging dulu.
https://twitter.com/IniAlannn/status/1265969184732639233
Apa yang lebih melucukan lagi, juru bahasa isyarat pun jadi susah nak catch up sebab kena ikut bulat-bulat apa yang menteri itu katakan.
https://twitter.com/IniAlannn/status/1266017511545335809
Sudah semestinya video yang meraih 19.9K retweets ini viral kerana warganet terhibur melihatnya dan bagi mereka nampak ‘comel’.
Namun begitu, ramai juga kesian dan sanjung beliau kerana begitu komited dalam menjalankan tugas dan membendung wabak Covid-19 ini.
Dia dah penat tu, kesian kat dia – Netizen
Dalam masa yang sama ada pula yang mengingatkan video ini dekat satu video yang buatkan ramai netizen geli hati.
https://twitter.com/Hadifitri/status/1266014229552754688
Bagaimanapun kami rakyat marhaen amat menghargai jasa Datuk Seri Ismail Sabri dan terima kasih kami ucapkan.