Isu buli di sekolah kini semakin merisaukan, terutama sekali dakwaan kes buli Zara Qairina yang melibatkan kematian.
Apa yang menyedihkan kes buli sampai mati ini pernah terjadi pada tahun 1988, di Sekolah Menengah Teknik Cheras.
Menurut hantaran Mohd Fadli Salleh difahamkan, mangsa dikenali sebagai Hishamudin Majid dan kematiannya berpunca daripada gelaran nama. Kebetulan ada senior yang mempunyai panggilan sama dan disebabkan itu mangsa dibawa ke tandas untuk ‘berbincang’.
Artikel berkaitan: Tindakan Tatatertib, Hukuman Terhadap Kes Buli Di Institusi Pengajian Tinggi.
Artikel berkaitan: Selain Zara Qairina, Bekas Guru Dedah Rupanya Ada Kes Buli Lain Di Sekolah Sama?
“Upacara itu rupanya sesi pembelasahan oleh 2 orang senior. Mungkin nak bawa nama tu kena kuat la kot agaknya. Dua suspek ini belasah mangsa separuh mati dalam tandas.
Selepas itu, mangsa balik ke kelas. Sampai ke kelas jam 11:30 pagi, mangsa bagitahu guru nak pulang akibat tak sihat. Masa ni kena belasah itu ada kecederaan dalaman yang teruk.
Sampai asrama, keadaan mangsa makin teruk. Dan jam 7:30 malam, mangsa dikejarkan ke hospital. Sejam kemudian, Dr sahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan dalaman yang teruk,” tulisnya.
Difahamkan, bapa mangsa terus membuat laporan susulan kematian anaknya itu. Sekolah tersebut kemudiannya ditutup bagi siasatan dan semua guru dipindahkan ke sekolah lain.
Tindakan tegas itu membuatkan seorang pelajar dibuang dan seorang lagi dihantar ke Sekolah Henry Gurney.
Untuk pengetahuan semua Menteri Pendidikan yang mengeluarkan arahan sebegitu ialah Perdana Menteri Malaysia sekarang iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) dan ketika itu Tun Dr Mahathir merupakan Perdana Menteri.
Sumber: Facebook