in

Imam Terhenti Bacaan Doa, Tahan Rasa Sayu Selepas Solat Jenazah 3 Mangsa Dirempuh SUV

ft imam tak tahan sebak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dapat menahan rasa sayu, bacaan doa Imam Pusat Hidayah Universiti Teknologi Mara (UiTM) terhenti beberapa kali selepas sahaja selesai solat jenazah 3 pelajar universiti yang terkorban dalam kemalangan semalam.

Imam yang dikenali sebagai Muhammad Adam Ali berkata, ini adalah pertama kali beliau menjadi imam bagi solat jenazah untuk 3 kematian akibat nahas yang tragis.


Artikel berkaitan : Langgar Pelajar UiTM Dungun Hingga Meninggal Dunia, Video Gelagat Wanita Disyaki Kurang Siuman Tular 

Artikel berkaitan : Baru Pulang Makan, 3 Pelajar UiTM Dungun Maut Dirempuh Wanita Disyaki Tidak Siuman

2841078

Menurutnya, ketika solat jenazah tersebut, dia terbayang wajah ahli keluarga mangsa yang dianggap seusia anaknya.

2841075

“Sepanjang menjadi imam selama 10 tahun, ini kali pertama saya mengimamkan jumlah jenazah yang ramai dan melibatkan kematian yang tragis.”

“Lebih memilukan saya, ketiga-tiga jenazah adalah pelajar yang dalam proses menuntut ilmu, jadi ketika solat jenazah tadi, timbul rasa sebak dan sedih memikirkan kematian mereka malam tadi.”

“Sebagai imam, saya memohon semua untuk bersama-sama kita doakan kemudahan untuk mereka ketika menghadapi ALLAH SWT dan kekuatan untuk ahli keluarga mangsa dalam menghadapi ujian ini.”

2841076

Sinar Harian melaporkan bahawa dianggarkan, solat jenazah untuk 3 mangsa kemalangan itu dihadiri lebih 1,000 orang manakala seramai 1,000 lagi membanjiri pekarangan Pusat Hidayah tersebut.

Pada malam Rabu, tiga penuntut UiTM itu maut manakala seorang lagi rakan mereka cedera selepas motosikal Yamaha Y15ZR dan Yamaha 135 LC yang dinaiki mereka dirempuh sebuah Honda CRV yang dipandu seorang wanita.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.20 malam di hadapan pintu masuk universiti berdekatan Kampung Sura Hujung, Dungun.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.