in

Imam Tarawih Terkejut Dapat Surat Layang Beserta Duit RM 50, Rupanya Ada Makmum Nak Pinang

cover 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudahlah masih muda, mampu jadi imam untuk solat tarawih pula tu.

Seorang imam muda, Hakim Arrazali ada berkongsikan kisah di mana dia menerima sepucuk surat layang dari seorang makmum selepas mengimamkan solat tarawih.


1 1 3

Mencari bakal imam

Dalam video yang dikongsikan menerusi aplikasi TikTok, lelaki ini bertanyakan kepada pengguna media sosial lain adakah mereka pernah berhadapan dengan situasi sepertinya.

“Nak tanya, imam-imam tarawih pernah dapat macam ini tak,” katanya.

Menurut video tersebut, dia mula menyedari akan kejadian ini selepas ada sepucuk surat yang diletakkan di dalam raga motornya.

@hakim_arrazali

Jaga Hati Jaga Iman Ya?,Allah dah tetapkan semua☺️ #hakimarrazali

♬ original sound – Hakim Arrazali – Hakim Arrazali

Apa yang menarik perhatian ramai adalah isi surat tersebut dan duit RM50 yang diselitkan dalam samput berkenaan. Penghantar surat juga meletakkan nombor telefon untuk kegunaan imam muda ini.

“Assalamualaikum ya akhi, saya masih mencari bakal imam jika akhi sudi”, tulis surat itu.

Ramai terhibur

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapat rata-rata warganet terhibur dengan perkongsian imam muda ini. Malah, ada yang menyamakan perkongsian tersebut sama dengan jalan cerita drama Melayu.

“Suara imam sedap sangat masa baca surah waktu solat tarawih, sebab itu ada yang jatuh hati nak kenal,” komen seorang pengguna.

 

“Imam muda, kacak macam ini aku pun cair,” seloroh pengguna lain.

Kredit: Hakim Arrazali

BACA: Solat Tarawih Di Sekolah Pondok Ini Ambil Masa 8 Jam, Baca 1 Juzuk Al-Quran Setiap Rakaat

Capture 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.