in

“I’m so sorry” – Tular Didakwa Langgar ‘Spoiler’ Kereta Sampai Patah, Wanita Tampil Minta Maaf

ft spoiler patah wanita mohon maaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lepas telah berlangsungnya karnival automotif Retro Havoc 2023 kali ke-8 pada 27 Mei telah mendapat sambutan yang hebat namun, ia didakwa telah dicemarkan dengan sikap pengunjung yang tidak bertanggungjawab.

Walaupun telah dimaklumkan kepada para pengunjung untuk tidak menyentuh kenderaan yang dipamerkan, ramai pemilik kereta mengadu bahawa orang ramai gagal mematuhi peraturan tersebut sampai menimbulkan rasa marah segelintir pihak.


Menerusi sebuah video yang tular di Facebook, dapat dilihat dua orang wanita sedang berlari dan salah seorang daripada mereka terlanggar bahagian spoiler sebuah kereta pameran sehingga terpatah.

Berdasarkan komen-komen netizen, difahamkan harga spoiler jenis RE Amemiya Carbon itu boleh mencecah RM8,000 hingga ke RM15,000.

Bagaimanapun, wanita berkenaan telah memuat naik sebuah hantaran di akaun Instagramnya serta mengakui kesalahannya dan telah menghubungi pemilik kenderaan tersebut untuk memohon maaf.

Sehubungan dengan itu, wanita itu turut berharap agar orang ramai berhenti memberi kecaman kepadannya setelah video itu menjadi tular.

Screenshot 6 1

“Pada 27 Mei 2023, saya dan rakan saya pergi ke salah satu acara kereta terbesar tahun ini iaitu Retro Havoc di The Curve Damansara. Seperti yang anda semua lihat dalam siaran ini, saya dan rakan saya memohon maaaf kepada pemilik kereta dan mengaku salah kami pada majlis tersebut.”

“Saya memutuskan untuk bersuara dan mengaku kepada pemiliknya, yang sangat tenang dan santai. Hanya Allah yang dapat membalas kebaikannya. Seperti yang Yeet katakan, ini boleh menjadi pengajaran untuk kita semua,” tulisnya.

Difahamkan, pemilik kereta tersebut telah memaafkan wanita itu serta menjadikan kejadian yang berlaku itu sebagai pengajaran buat orang ramai yang hadir ke event tersebut.

Macam ni lah baru betul, akui kesilapan dan saling memaafkan!

Sumber : Instagram, Facebook

Baca : [VIDEO] Sampai Patah ‘Spoiler’ Kereta, Ramai Bengang Tengok Penonton Bertolak-tolak Di Retro Havoc

ft kereta retro havoc rosak 728x383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.