Sebab itulah orang kata dadah pemusnah kehidupan. Daripada seorang tu jadi artis yang terkenal dan mempunyai ramai peminat, hidupnya boleh berubah 180 darjah dengan serta merta bila terjebak dengan najis dadah ni.
Kita dah tengok artis macam Jamal Abdillah dan arwah Saleem melaluinya, namun akhirnya mereka berjaya menepis ketagihan tersebut dengan bantuan pihak bertanggungjawab.
“Saya akui mengambil dadah kerana kurang kasih sayang” – Mamat
Kali ini jadi tanggungjawab kita pulak untuk membantu penyanyi Mamat Exists daripada masalah ini. Menurut Harian Metro, Mamat kini bertekad untuk berubah dan sudah serik dengan dadah.
“Saya sangat serik dengan dadah, angkara dadah ratusan ribu ringgit wang dihabiskan. Saya memohon maaf kerana menghampakan semua,” kata bekas anggota Exists, Mohd Ali Kamaruddin, 41, atau Mamat.
Malah tambah Mamat lagi, dia menyesali perbuatannya kerana dia sudah 3 kali ditahan polis akibat daripada perbuatan ini dan terbaru di Taman Perling, Johor Bahru pada Ahad lalu.
Saya akui mengambil dadah kerana kurang kasih sayang. Saya ada anak tetapi menetap bersama bekas isteri, I am alone (saya hidup bersendirian),” katanya lagi.
“Mulai hari ini, saya akan berhati-hati memilih kawan”
Kata Mamat lagi, antara sebab lain dia terjebak dengan najis dadah juga ialah kerana dia tersalah memilih kawan.
“Saya mahu berubah dan berharap ia yang terakhir. Mulai hari ini, saya akan berhati-hati memilih kawan, bukan mahu membuang mereka tetapi memikirkan kehidupan yang lebih baik,” kata Mamat.
Malah Mamat juga ada bercadang untuk ke pusat pemulihan setelah keluarganya meminta berbuat demikian. Mungkin perkara tersebut akan dilakukannya lepas konsert berakhir.
“Saya akan jaga diri, kesihatan dan suara. Saya janji tidak akan mengambil dadah untuk mengadakan persembahan,” katanya.
Mamat bakal menjayakan konsert Exists Reunion pada 28 September ini di Stadium Melawati, Shah Alam. Dia kini sedang gigih berusaha mengadakan latihan bagi memantapkan kualiti nyanyian.
Semoga terus istiqamah untuk berubah. Amin…
Baca: “Kantoi syabu, bini lari…” – ‘Abang Delivery’ Terpaksa Menagih Dadah Sebab Nak Tanggung 4 Anak