in

Ikut Trend TikTok Tak Pakai Bra, Sekumpulan Gadis Berhijab Indonesia Dikecam Netizen

cats 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Harus diakui, aplikasi TikTok kini semakin digemari oleh ramai anak muda dan golongan tua. Dengan video-video pendek yang menarik dan berilmiah, aplikasi ini boleh dikatakan wujud dalam hampir setiap telefon pintar rakyat Malaysia.

Namun begitu, TikTok ada sisi buruknya juga. Banyak trend dan challenge dari negara barat yang dilihat kurang sesuai menjadi ikutan anak muda di Asia Tenggara.


Terbaharu, tular sebuah video yang menunjukkan sekumpulan remaja perempuan Indonesia melakukan satu cabaran video yang memerlukan mereka untuk tidak memakai bra.

1 2

Dengan memakai kain batik, baju dan tudung hitam, sekumpulan gadis muda ini dengan bangganya mengaku bahawa mereka tidak memakai bra dalam video tersebut.

Bagaimanapun, identiti remaja wanita berkenaan tidak dapat dikenal pasti memandangkan mereka memakai topeng muka.

2 3

Tindakan sekumpulan gadis ini mengundang kemarahan netizen yang rata-ratanya terkejut dengan keberanian mereka. Ramai juga yang kecewa dengan sikap anak muda yang terlalu taksub dengan trend semasa.

“Kalau ditegur pasti dibalas, jangan sibuk hal orang kerana dosa ditanggung masing-masing”, komen seorang pengguna media sosial.

Setakat ini, video yang dimuat naik tersebut sudah ditonton sebanyak 5,300 orang dan dikongsikan lebih daripada 5,000 kali.

Pelik-pelik betul trend zaman sekarang, fikir dahulu sebelum buat sesuatu okay!

Sumber: Kosmo, Suara

BACA“Handsome2 nak ke mana” – Tersinggung Dipuji Kacak, Lelaki Indonesia Bunuh Rakan Serumah

COVER

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.