Nampaknya isu pasal selebriti media sosial kembali menjadi buah mulut netizen apabila ada seorang instafamous dedahkan dirinya dapat rentas negeri untuk pergi honeymoon.
Sesi Q&A yang diberikan melalui Instagram itu dikongsikan semula di Twitter, dia dihujani dengan persoalan bagaimana boleh rentas negeri untuk honeymoon.
Guna alasan honeymoon
Menerusi perkongsian individu tersebut, dia berterus terang bahawa dirinya memang membuat permohonan rentas negeri untuk berbulan madu.
Katanya ia boleh mendapat pelepasan tetapi bergantung kepada polis ditempat yang ingin dimohon dan menjelaskan bahawa kebenaran akan diberikan jika ke tempat private, ini kerana dia dah booking tempat berbulan madu itu sejak Disember lepas.
Malah, dia juga menjelaskan bahawa perlepasan ini bergantung kepada mood pegawai yang memberi kebenaran itu.
“Boleh jelaaaa, pergi jela ambill surat! Belum cuba dah jeles”
Perkongsian itu viral dan raih 20.2K retweets di Twitter dalam masa 20 jam ia dimuatnaik dan rata-rata marah apabila melihatnya.
Kesian orang lain yang nak balik kampung jumpa parents pun tak dapat – Netizen
Ada netizen yang anggap mungkin instafamous itu tinggal di tenpat PKPP dan berbulan madu di tempat PKPP juga.
Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa pergerakan pelancongan dari negeri PKPP ke negeri PKPP lain telah dibenarkan, namun mereka perlu menggunakan perkhidmatan syarikat berdaftar dan pergerakan menggunakan kenderaan persendirian tidak dibenarkan, lapor Berita Harian.
Mungkin lah kot itu sebabnya dia boleh bercuti kot.