in

“Ikan bertindak agresif”- Dilibas Ikan Arapaima Gergasi, 5 Anggota Jabatan Perikanan Cedera & Sesak Nafas

Ikan Arapaima

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memetik laporan Sinar Harian, lima orang anggota Jabatan Perikanan semalam telah mengalami sesak nafas dan cedera setelah mereka dilibas oleh ikan Arapaima gergasi.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku ketika mereka sedang menjalankan operasi tangkapan ikan tersebut di Melaka.


Dalam operasi yang berlangsung lebih tujuh jam itu, ikan yang merupakan spesies invasif itu bertindak agresif ketika ditangkap sehingga ia melibas anggota Jabatan Perikanan tersebut.

1 7

Kelima-lima anggota Jabatan Perikanan itu kemudiannya dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk rawatan.

Artikel berkaitan: “Nasib baik tak makan lagi” – Wanita Terkejut Jumpa Katak Dalam Bungkusan Bayam Organik

Artikel berkaitan: “Semua tak boleh makan” – Wanita Kesal Peniaga Tak Jujur, Terkejut Dapat Ikan Dah Busuk

Difahamkan juga, akibat libasan ikan gergasi tersebut, ada antara mereka mengalami bengkak pada lutut dan ada juga yang cedera pada bahagian dada.

2 5

Ikan Arapaima itu difahamkan telah diberi makan oleh penduduk setempat dan pengunjung restoran berhampiran.

Menurut Ketua Pengarah Perikanan iaitu Datuk Adnan Hussain, ikan- ini telah dipelihara oleh pemiliknya sejak ikan tersebut masih kecil. Pemiliknya telah meletakkan ikan ini di dalam takungan air di bawah sebuah bangunan terbiar.

Ikan-ikan yang ditangkap ini kemudiannya akan dibawa ke Zoo Negara.

Seperti ramai yang sudah sedia maklum, ikan Arapaima merupakan spesies ikan invasif yang sebenarnya tidak boleh dipelihara di Malaysia kerana ikan spesies ini boleh merosakkan ekosistem sungai kita.

Selain itu, ikan Arapaima juga boleh menjadi dominan dan sekali gus akan menjadi pemangsa kepada ikan asli yang ada di dalam sungai negara kita.

Harapnya lepas ni dah takde yang bela ikan jenis ni lagi.

Sumber: Sinar Harian 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.