in

“Ingat nak memfitnah ni senang ke?” – Individu Dedah Keluarga Mangsa PU Azman Terpaksa Tarik Laporan Sebab…

pu azman individu mangsa 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedang hangat diperkatakan, kes amang seksual pendakwah bebas terkenal Azman Shah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman yang kini sedang dalam perbicaraan.

Terbaru, terdapat saksi ke-7 yang mendakwa pendakwah bebas itu melakukan seks oral kepada salah seorang muridnya.


Dalam sebuah posting di Instagram berkenaan kes tersebut yang dimuat naik oleh sebuah portal hiburan, terdapat seorang individu yang memberitahu dia merupakan keluarga kepada salah seorang mangsa PU Azman, namun laporan itu terpaksa ditarik.

cats 66

“Sebab nak settlekan kes ni perlukan komitmen yang banyak, terlalu banyak. Berjam-jam dan makan hari untuk beri keterangan, kena panggil saksi. Saksi ni bukan sahaja yang melihat malah yang pernah dengar dan tahu semua akan dipanggil. 

Jadi masa dan wang amat-amat lah diperlukan. Korang ingat nak memfitnah ni senang ke?” tulisnya.

Menurut individu tersebut, untuk menyatakan laporan amat susah dan makan masa, individu tersebut turut mengatakan segala keputusan untuk menegakkan keadilan itu sangat susah.

Hampa dengan perkara itu, individu berkenaan berkata dia dan keluarganya hanya berserah kepada Allah.

Harap keadilan dapat ditegakkan…

Baca: Saksi Ke-7 Dakwa PU Azman Minta Mangsa Kedua Lakukan Seks Oral

Ft Mangsa Cerita Detik Hitam Kena Dengan Pu Azman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.