in

“Imigresen suruh saya pakai tudung” – [VIDEO] Sajat Jawab Isu Pakai Tudung & Telekung Ketika Di Mekah

sajat pakai telekung 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nur Sajat Kamaruzzaman, merupakan seorang usahawan kecantikan yang sering menjadi bualan ramai sejak beberapa tahun lalu.

Personalitinya yang sangat menyerlah itu membuatkan pengikutnya di TikTok kini mencecah hampir 440k, dia yang kini sedang menetap di Australia itu sering berkongsi kehidupannya di sana dan dia juga selalu membuat sesi live bersama pengikutnya.


121558423 nur

Tidak dinafikan video-video serta sesi live yang dilakukan olehnya sangat menghiburkan dan ramai yang merekod sesi tersebut kemudian memuatnaik semula sebagai content.

Terbaru, Sajat telah berkongsi di dalam salah satu sesi live di mana ada pengikutnya yang bertanyakan berkenaan isu dia memakai telekung dan tudung ketika menunaikan umrah pada tahun 2020.

Sebelum ini, ramai yang mempertikaikan cara pemakaian Sajat ketika berada di tanah suci itu kerana dia merupakan seorang transgender dan dia tidak sepatutnya memakai sebegitu.

https://www.tiktok.com/@dedeqadnan/video/7158064337595256090?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7143429470309172738

Dalam sesi live yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @dedeqadnan itu, Sajat akhirnya memberitahu dia memakai sedemikian kerana menurut arahan pihak imigresen di sana.

“Tak, kat Mekah tu memang saya kena pakai macam tu. Memang, lillahi ta’ala, sumpah. Memang saya sampai di imigresen, mereka suruh saya pakai tudung, suruh saya solat pakai hijab (telekung),” katanya.

Pengasas Let’s Bengkung itu menegaskan apa yang diberitahunya itu bukan satu penipuan malah dia berani bersumpah di atas nama ibu dan bapanya.

“Lillahi ta’ala, sumpah, lillahi ta’ala, kalau saya menipu, matilah mak bapak saya,” katanya lagi.

Mungkin ada sebab pihak di sana suruh pakai macam tu kan…

Baca: “Amboi jat bukak turbo” –  [VIDEO] Lebih 3,000 Orang Terhibur Tengok Sajat Tertidur Masa Live

Sajat Tertidur Masa Live

Sumber: BBC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.