in

Ibu Tunggal 3 Anak Nekad Jual Buah Pinggang Untuk Langsai Hutang Anak Cecah Lebih RM57K

janda jual buah pinggang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Akibat terpedaya dengan skim pelaburan selain berjudi secara online, seorang ibu tunggal beranak tiga nekad menjual buah pinggangnya demi membayar hutang salah seorang anaknya.

Lebih parah, anak wanita berkenaan yang berusia 31 tahun difahamkan kini sudah menghilangkan diri kerana tidak mampu membayar hutang yang kini mencecah lebih RM57,000, lapor Kompas.com.


Hanya mahu dikenali sebagai ER, 59, wanita yang baru sahaja kematian suami setahun yang lalu sudah tidak tahan didatangi pengutip hutang di rumah dan menuntut bayaran bulanan berbeza antara RM229 hingga RM286.

https://twitter.com/Fheeny_/status/1595063884410327041?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1595063884410327041%7Ctwgr%5Eb5e4b0ed98bf78c686c92b8b85187084f959a6b2%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.kompas.com%2Ftren%2Fread%2F2022%2F11%2F24%2F210000765%2F6-fakta-ibu-jual-ginjal-di-tuban-untuk-lunasi-utang-pinjol-anaknya

ER yang hanya bekerja sebagai penjual gorengan berkata, dengan pendapatannya, dia sedar memang tidak mampu untuk melangsaikan semua hutang-hutang anaknya. Disebabkan itu, dia nekad berdiri di tepi jalan sambil memegang iklan yang menawarkan penjualan organ dalamannya.

Ketika dibawa ke balai polis tempatan untuk memberi keterangan, ER menjelaskan dia tahu yang penjualan organ dalaman adalah dilarang di sisi undang-undang negara dan agama. Pun begitu, dia sudah tiada pilihan lain.

“Saya tahu ia salah tapi sudah setahun anak saya hilang. Hutangnya masih belum dibayar dan saya tak boleh lari dari pengutip hutang yang datang ke rumah setiap hari minta wang,” katanya.

 

Sumber: Kompas.com

Baca: “Katanya pamit mau cari kerja” – Terpaksa Tipu Isteri, Keluar Rumah Untuk Jual Buah Pinggang Sebab Tak Ada Duit Makan

feat ginjal e1669426718668

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.