Kasih ibu ke akhir hayat, itulah ayat yang sesuai digambarkan dengan insiden yang berlaku di Kampung Petagas, Sabah semalam.
Seorang ibu terkorban selepas cuba menyelamatkan anaknya sebelum mereka dirempuh dan digilis kereta api.
Dalam laporan The Star, menurut saksi di tempat kejadian, wanita berusia 41 tahun itu dipercayai menolak anaknya dalam cubaan menyelamatkannya sebelum dia diseret sejauh 20 meter dan digilis kereta api.
Artikel berkaitan: “Boleh jalan santai lagi” – Demi ‘Photoshoot’ Di Landasan, Pengantin Nyaris Dilanggar Kereta Api Di Tanah Merah
Artikel berkaitan: Nak Rakam Video Untuk ‘Content’, Kepala Wanita Terhantuk Tiang Ketika Kereta Api Bergerak Di Thailand
@libra_introvert_25 19 November 2024 Al fatihah ..salam takziah buat ahli keluarga mangsa #kns #keretaapi #petagas #putatan #kemalangan
Ketua Balai Bomba Putatan, Noor Sherriyana Bohari berkata, Lena Gabin meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak lelakinya yang berusia 11 tahun kehilangan kaki dan cedera parah di lengan serta kepala.
Difahamkan, mereka berjalan kaki dan sedang berada dalam perjalanan pulang dari sekolah anaknya menuju ke Kampung Muhibah, kedua-dua ibu dan anak itu melintasi landasan kereta api sebelum gerabak menghampiri lalu merempuh mereka berdua.
Pihak bomba membantu mengeluarkan mayat wanita itu dari landasan dan menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut sementara kanak-kanak itu dirawat dan dibawa ke hospital berdekatan.
Noor Sherriyana berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.58 petang dan tiba di tempat kejadian pada 2.20 petang.
Sumber: The Star