Sejak beberapa harini, kecoh dekat laman media sosial mengenai seorang artis cilik yang dikenali sebagi Puteri Balqis menjual buku puisinya di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.
Ramai juga netizen bersimpati dengan anak kecil yang baru berusia 13 tahun itu sanggup berulang dari rumah bersama ibunya demi menjual buku hanya untuk menyara kehidupan. Tambahan lagi, Puteri dikatakan mempunyai masalah dalaman dan kerap muntah darah.
Bukan itu sahaja, selebriti terkenal iaitu Nabila Huda ada memuat naik tweet yang seakan-akan mempersoalkan tanggungjawab sebenar ibu bapa Puteri.
Persoalannya,kenapa seorang budak yang ada cancer,Di biarkan berjalan satu KL Untuk sara hidup sedangkan ibu bapa Dia mempunyai kaki dan tangan yang sempurna?Kenapa seorang budak kena ikat perut,sedangkan ibu Dan bapanya mempunyai kemampuan Untuk berjalan,bercakap dgn sempurna?
— Nabila Huda (@abilsuhaimi) January 13, 2020
Namun selepas dua hari, Puteri Balqis telah menjawab persoalan yang di ajukan oleh Nabila Huda itu. Dia memuat naik jawapannya di laman Instagram miliknya.
https://www.instagram.com/p/B7UXcBnhSMK/?utm_source=ig_web_copy_link
Luahan hati yang hampir 6 helaian muka surat itu ditulis sendiri oleh Puteri bagi memberi penjelasan sebenar melalui persoalan yang diajukan.
Puteri sekeras-kerasnya menidakkan bahawa ibunya bukanlah individu yang mengabaikannya malah, dia merupakan satu-satunya individu yang sentiasa ada bersamanya ketika dia sakit, susah, dan senang.
“Ibu Puteri berhabis berpuluh ribu untuk cari jalan menyelamatkan Puteri. Mana saudara? Mana kawan? Mana Keluarga? Mereka juga ada masalah yang berbeza” Puteri.
Puteri juga menjelaskan mengenai persoalan bahawa kenapa ibunya tidak bekerja.
“Ibu Puteri satu-satunya dalam ahli keluarga yang tak pernah tidak bekerja. Dekat set pengambaran pun dia jual macam-macam. Asam, jeruk, dan meniaga sana sini” katanya.
Dia ada juga menjelaskan mengenai ibunya tidak pernah memaksa dia untuk ikut menjual buku, namun ia merupakan kemahuannya sendiri.
Ibunya juga pernah dituduh sebagai seorang penagih dadah. Namun tuduhan yang dilemparkan itu sepertinya fitnah semata-mata.
“Kadang-kadang, masa waktu pagi kami berjalan, sering ditahan polis, tapi syukur ibu Puteri sentiasa dilepaskan kerana tidak mengambil dadah”
“Ibu nampak kurus bukan sebab ambil dadah, tapi sebab tidak makan, tidak cukup tidur, depression”- Puteri.
Penyakit kanser?
Mengenai dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa pelakom cilik itu mempunyai penyakit kanser, ia telah di nafikan oleh doktor yang merawat Puteri sendiri.
Menurut Harian Metro, Pakar Pediatrik dan Neonatologi, Pusat Pakar Swasta Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Masri Muhamed mengesahkan pelakon kanak-kanak, Puteri Balqis Aziz tidak menghidap kanser seperti yang didakwa sejak beberapa tahun lalu.
“Apabila saya jalankan segala ujian klinikal, saya tak dapat berikan satu kesimpulan apa masalahnya. Jadi, saya teruskan dengan pelbagai ujian darah kerana dia kelihatan sangat pucat.
“Saya tengok kandungan hemoglobin dalam darahnnya sangat rendah, jadi saya jalankan ujian lain untuk fungsi hati dan buah pinggang. Selepas semua kajian dilakukan, saya mendapati dia tidak menghidap kanser, tetapi masalah berlainan,” katanya.
Namun, ‘masalah berlainan’ yang dimaksudkan masih lagi menjadi tanda tanya.
Bagi admin, kita doakan yang baik-baik sahaja untuk adik Puteri dan keluarganya. Semoga mereka dipermudahkan dan dimurahkan rezeki.
Baca: “Masa susah ramai yang tinggalkan kami” – Puteri Balqis & Ibu Giat Jual Buku Bagi Tampung Kehidupan