in

Ibu ‘Serang’ Sekolah Lepas Cikgu Tampal Pita Pelekat Pada Mulut Anaknya Sebab Banyak Cakap Dalam Kelas

Ft Sekolah Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pelajar yang berusia 7 tahun telah ditarik keluar dari kelasnya oleh ibunya sendiri yang ‘naik angin’ selepas mengetahui salah seorang guru di sekolah tersebut telah melekatkan pita pelekat di mulut anaknya sebagai denda disebabkan terlampau banyak bercakap.


 

Diselotape mulut sebab bergosip dalam kelas

Mulut

Memetik laporan Daily Star, wanita itu yang ‘bengang’ selepas mengetahui perbuatan guru itu telah bertindak untuk ‘menyerang’ sekolah tersebut gara-gara anak lelakinya diselotape mulutnya gara-gara bergosip di dalam kelas.

Sebelum kejadian itu, anak lelakinya yang baru berusia 7 tahun itu dikatakan enggan pergi ke sekolah selama 2 minggu berturut-turut. Bukan itu sahaja, pelajar itu juga terlepas sebuah konsert sempena sambutan Krismas di sekolahnya disebabkan rasa takut untuk kembali ke kelas.

 

Pelajar lain pun jadi ‘mangsa’ 

Dedah si ibu lagi, bukan anaknya seorang sahaja yang ditampal mulut dengan pita pelekat, malah terdapat beberapa lagi orang pelajar yang turut menerima nasib yang sama atas kesalahan ‘terlampau banyak bercakap’.

Sekolah

Menurut Pengetua Sekolah Colwill di Auckland Barat, New Zealand, Rob Taylor, beliau telah pun menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan juga turut dilakukan.

Siasatan secara berhati-hati dan menyeluruh telah pun selesai semalam (15 Disember 2020) dimana ibu bapa terakhir pelajar yang menjadi mangsa telah pun ditemubual. 

Menurutnya, kesemua pelajar yang terlibat berserta ibu bapa masing-masing telah pun diambil keterangan yang sewajarnya oleh pekerja sosial sekolah tersebut.

 

Anak ‘kunci mulut’

Wanita itu dikatakan hanya mendapat tahu mengenai insiden itu melalui anak perempuannya disebabkan anak lelakinya itu ‘mengunci mulut’ gara-gara terlampau malu untuk menceritakan hal yang sebenar apabila ditanya sebab enggan pergi sekolah.

Dia takut untuk memberitahu saya sebab dia ingatkan dia akan ditimpa masalah.

 

Buat laporan polis

Menurut pihak sekolah, polis telah dipanggil berdasarkan laporan yang telah dibuat oleh wanita itu untuk menjalankan siasatan lebih lanjut dan guru yang terlibat itu telah pun meminta maaf disebabkan menjadi ‘punca’ kemarahan itu.

Walau bagaimanapun, ‘nasib’ guru tersebut masih lagi tidak diketahui sama ada dia telah diberhentikan dari kerja atau masih meneruskan khidmatnya di sana.

Kalau min waktu sekolah dulu, cikgu siap suruh bagitahu satu kelas lagi sakan borak ‘topik’ apa. Hah, baru automatik semua diam kan. 

Baca: “Dendam selalu kena marah dkt sekolah” – Bekas Pelajar Tergamak Rogol & Bunuh Guru Berusia 50 Tahun Baca Denda

Sumber: Daily Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.