Tular sebuah video di media sosial, memaparkan dua lelaki warga asing dikelilingi orang ramai dalam keadaan tangan dan kaki diikat dalam sebuah pasar raya, baru-baru ini.
Menurut pengguna, kedua-dua warga asing terbabit didakwa cuba menculik seorang kanak-kanak.
Kelihatan seorang anggota polis sedang mengambil gambar kedua-dua suspek sebelum bercakap dengan dua wanita yang sedang mendukung anak-anak kecil.
Artikel berkaitan: “Kos sara hidup rendah” – Ini 5 Sebab Malaysia Ibarat ‘Syurga’ Buat Warga Asing
Artikel berkaitan: “Terkejut dia” – Individu ‘Sound’ Warga Asing Berjudi Di Tempat Awam Raih Pujian Netizen
Info yang di terima, Cubaan warga asing menculik budak dekat NSK Klang Sentral.
Ada sapa boleh sahkan?
Kalau dia culik budak dia buat apa? Jual organ ke? Jadikan sindikit mengemis? pic.twitter.com/ZwRS69SK0R
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) March 26, 2024
Suspek cuba larikan budak dari arah belakang
Menerusi kenyataan Polis Daerah Klang Utara, kejadian berlaku pada 7.30 malam tadi ketika seorang wanita sedang menaiki eskalator di pasar raya itu bersama anaknya serta adik perempuan.
Dalam kejadian itu, mangsa yang berumur setahun tujuh bulan itu secara tiba-tiba diangkat oleh dua lelaki warga asing dari arah belakang.
“Ibu mangsa yang terkejut dengan perbuatan dua suspek itu kemudiannya menjerit sebelum berjaya menarik semula anaknya daripada suspek,” kata Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao.
Kedua-dua warga asing itu cuba melarikan diri sejurus kejadian sebelum berjaya diberkas orang awam di lokasi berkenaan.
“Dua lelaki berkenaan kemudian diserahkan kepada pihak polis dan kini direman tiga hari bagi siasatan lanjut,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda.
KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH KLANG UTARA
KES CUBAAN MELARIKAN KANAK-KANAK PEREMPUAN OLEH 2 LELAKI WARGANEGARA ASING
PADA 25/03/2024 JAM LEBIH KURANG 7.30 PETANG SEMASA PENGADU SEDANG MENAIKI ESCALATOR DI NSK KLANG SENTRAL BERSAMA ADIK PEREMPUAN PENGADU SAMBIL MEMIMPIN… https://t.co/E5fxSdhfpG— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) March 26, 2024
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan kebimbangan melihat situasi tersebut. Ramai yang gusar melihat kebanjiran warga asing sehingga boleh berlakunya masalah jenayah sebegini.
Justeru, rnetizen menggesa agar pihak berkuasa termasuk kementerian yang terlibat bertanggungjawab dalam menangani masalah ini.
Sumber: X